NovemBEST!!!
It's the month to pamper myself. hahaha.
Since I'm turning double three (33) this month, suddenly felt like
.
.
.
oh.em.gee
😱
I'm getting old!
.
.
.
Terus menggelabah pergi cari skincare, sebab rasa kulit muka makin kering.
Sebenarnya lama juga dah terniat nak cari serum. Tapi asyik tertangguh je.
Or memang saja nak tunggu November jugak, kononnya macam self reward ke beli hadiah birthday untuk diri sendiri? Kah. Sedih betul. 😅
Niat asal nak beli FACE SERUM dengan EYE SERUM SAHAJA.
Tapi, TER-dapat dan TER-beli benda lain sekali.
haha.
Betullah. Tak tipu.
Aku tak study sangat pun pasal face serum. Ada lah google sikit-sikit. Tengok harga, tengok store locator, tengok review. Tapi baca review pun, satu dua je. Tak bersungguh cari pun.
Pening nak fikir, aku terjah je Sogo. Intai-intai dua tiga kedai.
I ended up buying:
The Body Shop Drops of Youth Eye Concentrate
Comes with rollerball that gives massaging and refreshing cooling effect.
Rasa segar je mata lepas apply serum ni.
&
Innisfree Green Tea Seed Serum
Serum ni light and refreshing. Bau green tea yang soft dan sedap. Texture pun tak terlalu pekat, a bit watery tapi senang nak apply dan tak melekit.
Tapi kenapa banyak je benda dalam gambar ni? 🤔
Plan asal nak beli face serum je. Tapi terbeli set 5-in-1 pulak for RM 120.
Consist of Green Tea Sleeping Pack, Black Green Tea Mask, Green Tea Seed Serum, Orchid Enriched Cream & Green Tea Mineral Mist.
Green Tea Sleeping Pack tu best jugak pakai. Texture dia macam ada creamy with white beads. Bila apply, white beads tu burst and blend. Yang ni pun refreshing dan tak melekit.
Lepas tu terus dapat sign-up as member, dapat free gift lagi. Set of 3 Color Clay Trial Kit and Aloe Face Mask.
Suka pulak main mask warna-warni ni. hihi.
Lepas tu, di hari yang lain di bulan yang sama, aku terbeli 2 ketul ni pulak sebab nak pakai voucher sebelum expired. haha. Alasan sangat.
The Body Shop Lip & Cheek Stain
The Body Shop Lip Scuff
Aku ni bukan jenis pakai make-up pergi kerja.
Seriously.
Bedak pun tidak. Pfttt.. Memang bare face je.
Tapi beli tint ni bukan nak pakai pergi kerja pun. Pakai saja-saja kat rumah 😘
Yang lip scuff tu, saja try.
Lip scuff with minty taste.
Tint/stain ni kalau pakai. warna dia light je. Nama pun stain kan. hihi. Pakai untuk ngada-ngada depan suami je. Hahahaha.
Haaa.. Item yang satu ni pun sebenarnya memang ada dalam list.
Last aku beli perfume, masa beli barang hantaran kahwin duluuuuu. Lama dah kan. huhu.
Pastu lepas habis pantang Fathiy, pergi pusing mall dengan zawji, dapat scented card Victoria Secret ni. Sedap pulak bau dia. Dekat card tu dia tulis 'Pure Seduction'.
Aku dok simpan card tu dalam purse sampai hilang bau dia.
Lalu di bulan November yang best ni, aku pun meng-seduce diri untuk beli Victoria Secret Pure Seduction Fragrance Mist ni.
Hihihi. Suka lah bau dia.
Selesai damage for the month of November.
Bulan untuk memanjakan diri sendiri.
Because it's my birthday month.
Selain ada birthday benefit, bulan November pun dah start promo untuk krismas kan, tu yang best tu.
hihi.
***
30.11.2017
Officially 33
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment