*Sorry*
Post ni lama terperam dalam draft, since 2015. Lama gila. Nak dibiarkan/delete, sayang pulak memori lama. Publish je lah untuk rujukan, tatapan anak-anak kemudian hari.
Sambungan kisah trip ke Padang - Bukit Tinggi, Day 4.
Perjalanan yang sangat mencabar untuk hari ni. Untuk ke Danau Maninjau, akan melalui Kelok 44.
It was named Kelok 44 sempena 44 kelok atau selekoh yang super tajam. Bayangkan perjalanan menaiki bas menuruni bukit melalui selekoh-selekoh tajam, dengan jalan yang kecil, aku dahlah duduk depan.😓😖😰 Setiap kali lalu selekoh, kaki aku yang terkejang seolah menekan brek. Cuak yang teramat. Ngeri betul duduk seat paling depan. Sepanjang masa asyik mengucap dan selawat. Tambah lagi bila berselisih dengan bas/lori, Allahu..Aku ni pejam mata je taknak tengok cerun bukit nun ke bawah di sebelah aku. Tapi driver bas tersangatlah cool.
Nah view some part of the Kelok 44 ihsan Google. Mujur aku tak muntah. 😓
Ni kami singgah makan tengahari. Nama tempat tak tahu. huhu.
Masih berempat + satu dalam perut. hahaha. Punyalah lama pending.
Lepas makan, sambung perjalanan ke Danau Maninjau nan permai.
Tenang dan mendamaikan. Subhanallah.
Di Danau Maninjau inilah lahirnya seorang tokoh ulama, sasterawan dan negarawan terkenal Indonesia, Buya Hamka.
Pernah tengok teater 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck'? Ia adaptasi dari salah satu karya Buya Hamka.
Dari museum, kami ke kawasan berhampiran Puncak Lawang. Tak naik sampai atas Puncak Lawang pun. Kalau ikutkan, ada few aktiviti boleh buat kat sini. Tapi kami menikmati keindahan alam je. View Danau Maninjau yang cantik, Subhanllah.
Berlatarbelakang kan Danau Maninjau. Gambar tak clear sebab berkabus. Tapi in reality, view dia memang menakjubkan. Tenang dan mendamaikan. Kalau naik ke Puncak Lawang, pasti view lebih cantik dan menarik.
Ni antara view di Puncak Lawang hasil ihsan Google. Boleh buat Paralayang a.k.a Paragliding. Cantik kan??
No comments:
Post a Comment