Minggu pertama di tahun baru, 2018. And of course, minggu pertama persekolahan to most.
Berbagai-bagai ragam especially bagi yang pertama kali menjejak kaki ke alam persekolahan, dan juga yang menempuhi fasa transisi, dari tadika ke sekolah rendah, dari sekolah rendah ke sekolah menengah, dan juga dari sekolah harian ke sekolah berasrama. Pelbagai rencah dan rasa bagi pembuka tirai 2018.
As for me, ummi anak 4, tapi baru 2 orang yang menempuh alam persekolahan. Minggu pertama ni ummi relax dan cool je. hahaha.. Sebab Faheem dah daftar dan mula sekolah awal, pertengahan Disember yang lalu. So, it's his 3rd week of school session now. Masa tu lah ummi kalut sikit fikir banyak benda especially part transport. Untuk Faqeeh pulak, it's his 3rd year di Pasti. Dah jadi super senior dah pun. The one and only super senior since 4 tahun. Walaupun tahun pertama tanpa bayang-bayang abang, Alhamdulillah dia ok je sebab ramai kawan-kawan dari tahun lepas. Not to worry much. Tapi ummi tetap ambil cuti. hahahaha.
Abang senior kena cool. hihi.
With his best friend.
Berbalik to Faheem. Minggu ni dah minggu ketiga. Minggu lepas baru settle tentang transport, Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Bab ni memang sedikit pening. Sebab rumah dan sekolah dalam taman yang berbeza. In fact, dah melangkau beberapa taman. So, ada isu sikit untuk part transport ni. Most pengusaha van sekolah yang aku call, be it area rumah or area sekolah, masing-masing tak dapat nak cover kawasan luar dari radar. Understood sebab kawasan padat, sekolah banyak, trafik sesak. Masa mencari transport hari tu agak suntuk jugak sebab zawji hanya boleh jemput Faheem balik minggu pertama sekolah je. Minggu kedua dah busy, memang tak sempat nak ambil. Few days je untuk misi mencari transport. Alhamdulillah Allah temukan dengan orang yang baik. Walaupun dia tak dapat nak tolong bagi servis, tapi dia tolong dapatkan few contact numbers dan follow up aku few times sampai aku dapat transport. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan barakah buat CikD yang banyak membantu walau tak kenal. Dan akhirnya Allah izinkan aku jumpa dengan Kak Iz yang sudi untuk jemput Faheem balik sekolah dengan caj penghantaran yang within our budget. Memang syukur sangat-sangat.
Minggu lepas Faheem dah mula balik dengan Kak Iz. 2 hari pertama, aku ikut naik sama. Sebab masing-masing tak pernah jumpa. Tak kenal dan tak biasa. Kira jadi sesi taaruf untuk ummi sekali lah selain nak membiasakan Faheem dengan Kak Iz. Agak sukar juga nak pujuk Faheem. Dia nak ummi abi yang datang jemput dia. Allahu. Setelah beberapa kali pujukan, slow talk, Alhamdulillah lembut juga hati dia.
3rd day. Aku dah tak follow. Sepanjang hari tak senang duduk sebenarnya memikirkan anak. Tapi, tiada daya upaya aku nak ada selalu tepi dia, nak jaga setiap masa. Sedang depan mata pun, anything could happen. So, aku serah semua pada Allah. Biar Allah al-Muhid yang jaga. Semoga sentiasa dalam pengawasan dan perlindungan Allah. Pagi tu aku pesan, aku minta maaf tak dapat nak jemput setiap hari, aku doa agar Allah selalu jaga dia. Angguk je anak bujang ummi. Alhamdulillah dia baik-baik je.
Kak Iz ni tak ambil ramai pelajar. Dia lebih kurang macam runner lah. Atas sebab tu jugaklah dia boleh bantu ambil Faheem. Terima kasih yang tak terhingga buat Kak Iz. Untuk trip Faheem ni, ada 3 orang je termasuk anak Kak Iz. Jadi kurang sedikit kerisauan tercicir, tertinggal tu. Tambahan pulak, dekat sekolah Faheem ni, dia ambil Faheem seorang je. Aku pun dah pesan pada ustazah untuk tengokkan Faheem. Selebihnya berserah pada Allah. Semoga Allah temukan dengan orang yang baik-baik dan hijabkan anak-anak dari pandangan orang yang berniat jahat.
Tentang persekolahan pulak, bila tengok kawan-kawan update status hari pertama anak masuk sekolah mainstream, aku notice yang aku dan Faheem missed few things. Contohnya momen intai anak membawa diri dalam kelas, saat pertama kali anak beratur sendiri membeli makan di kantin, dua sesi persekolahan and few others.
Sebab hari pertama Faheem daftar sekolah, as I've mentioned in previous post, aku beratur bayar yuran di pejabat, Faheem dah naik ke kelas. Selesai bayar yuran, tiada peluang nak jenguk intai anak. Rupa kelas pun tak tahu bagaimana. Bab makan pula, memang tiada momen beratur membeli makan, atau bawak duit poket sebab makanan disediakan. Pelajar makan dalam talam, 3-5 orang satu talam.
Suasana persekolahan agak misteri dari pengetahuan kami. Hanya berdasarkan penceritaan Faheem je. hehe. Sebab takde road tour intai kelas semua kan. Sesi taklimat dan taaruf dengan para guru dan ibu bapa pun belum ada lagi. Adalah pros and cons nya. But it's our choice, terima dengan hati terbuka dan lapang dada.
Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat, pilihan terbaik untuk mencorak masa depan anak-anak kita. Semoga anak-anak terus bersemangat dan istiqamah untuk menimba ilmu. Walau apa jua latar belakang pendidikan anak-anak kita, moga kelak semua menjadi anak-anak soleh wa musleh, memberi manfaat kepada agama dan ummah, cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga anak-anak sentiasa dibawah naungan rahmat, redha dan kasih sayang Allah.
Allahumma ameen.
Sending abang Faheem to school. Ustazah akan tunggu dan greet students/parents di bawah. The same goes waktu balik, ustazah akan tunggu hingga students semua balik.
Despite of drama abang kakak yang menangis taknak ke sekolah, abang kecik ni lain pula kisahnya.
He is currently 2y4m. Sibuk nak pakai baju sekolah abang.
Masuk sekolah, steady je macam dia punya sekolah. Rilek je join abang kakak.
Bila ajak balik....
Dia punya sedih, menangis meraung. Alahai.
Tak sabar nak besar ye, tak sabar nak sekolah.
InsyaAllah tahun depan boleh sekolah dah, 4 tahun. Meanwhile, kita polish skill bercakap dulu ye. Kena perkasakan lagi kosa kata awak ni. Kalau still main tunjuk-tunjuk dan dengus-dengus je, jenuh la cikgu nak faham nanti.
Semoga Allah permudahkan. InsyaAllah.
seronok tengok ramai mak-mak yg upload pasal persekolahan anak..
ReplyDelete