Kalau dah berjalan, kita jalan-jalan cari makan lah sekali kan.
Tak terjah banyak pun. Sebab short trip je kan. Dan tak plan betul-betul pun.
Masa tulah baru nak cari, nak waze bagai.
Hari sabtu pun, dah lunch dekat Masjid Tanah. Minum petang dekat hotel. Tinggal nak mencari dinner. Kali ni taknak ikan bakar, asam pedas, coconut shake dah. Nasi ayam kepal pun taknak. Kita cari kedai makan viral yang tak pernah try lagi.
Dinner malam sabtu, aku ajak zawji terjah Mee Besen Original.
Kalau tak silap, 3 kedai sederet tu, owner yang sama. Fulhouse dari hujung ke hujung. Tambah buka meja dekat luar lagi. Ramainye umat. huhuhu.
Menu. Pelbagai saiz besen dan talam juga. We opt for small size je. Pilihan mee, since disclaimer mee soya agak lama kena tunggu, aku pilih kuew tiaw je.
Air, pelbagai warna dan rupa. Budak-budak berkenan air chocolate. Big chocolate candy. Memang super big. Sebab terliur tengok orang meja belakang order. Mujur waiter kata air chocolate takde dah. Sebab queue order panjang. Frust anak-anak. Tapi elok juga. Besar kemahen gelas dia. Manis takyah cakap lah. huhuhu. At last order White Lulu Nestum dengan Bandung Soda Float.
Talam mini western
Rasa dia, boleh lah. Gravy pun ok.
Mee besen saiz S
Pada aku, biasa-biasa je mee sup dia. Teringat mee sup bawah pokok yang aku pergi lunch dengan bff di hari Jumaat masa kerja consultant dekat Wangsa Maju dulu. Yang tu sup dia power. Perghh..
Total cost.
Hari Ahad breakfast dekat hotel. Lepas tu terus check-out. Tak berjalan kemana pun sebab Faheem dah start demam. Lembik je dia. Sebelum shoot balik KL, kita isi perut dulu.
Mohler melantak di Melantak Steak Hub.
Lunch western terus. Tak beragak lansung ummi ni. hahaha.
Zawji order combo lamb fried rice, aku order lamb chop, faqeeh order beef steak kid. Faheem takde selera nak makan.
Zawji punya fried rice pedas fuhhh. Tekak aku sukalah pedas-pedas gitu. Sedap!
Lamb chop dia pun sedap. Allahu. Elok lembut, juicy..Portion pun banyak. Boleh repeat lagi next time, insyaAllah. hahahaha.
No comments:
Post a Comment