Monday, February 5, 2018

Model Bantal yang Fluffy & Layan Boat Noodle


Cuti bersambung minggu lepas, we both ambil cuti hari Jumaat. Tapi end up tak berjalan kemana sangat sebab abang-abang sekolah dan tak sanggup nak men'cuti'kan abang-abang. Especially Faheem.

Dok mengelek dan membelek budak 2 orang ni je lah sudahnya.

Model bantal yang fluffy dan gebus. Haha. 
Borong bantal untuk kegunaan anak-anak Pasti. Geram pula tengok bantal comels teramat. Pinjamlah sikit sekejap bantal-bantal comel buat props bergambar anak-anak gebus. huhu.





Hari Jumaat, terjah Sunway Velocity Mall. Misi nak ke Maxis Centre dan ummi nak cari pants juga. Singgah isi perut di Boat Noodle. Saja nak suruh zawji try. Aku dah try sekali dekat Sogo. Lambatnye kau nak terjebak. Orang lain dah berkurun serbu Boat Noodle ni. haha. Takpe, biar lambat asal selamat. 

Nah pilihan menu di bawakan khas dari The Original Boat Noodles

 Aku tak berapa nak reti sebenarnya. First time try dengan officemate sebelum ni pun, main hentam je. Zawji pun cakap, order je lah ape pun. hahahaha.

Tengok ada promo, buy 6 bowls noodle  + 2 bowls topping + 1 smoothie for RM 19.90. Ambil jelah yang tu. Malas nak fikir banyak. Tapi kena pilih noodles jugak kan. Disebabkan masa tu ada jugak promo Prosperity Yum, kena pilih minimum 2 bowl of prosperity yum, aku orderlah PY ni 2 dan selebihnya aku pilih random je. 


Sup tom yum dia ni sedap lah pulak. Zawji tambah lagi semangkuk.


Cik abang ni pun layan makan mee.



Adik boleh tengok dan ambil bau saje. hihu.



  
 Muka kekenyangan.


Lepas makan barulah ummi dapat cari pants. Itupun memang fokus dan aim pada sasaran utama je. Pants.Pants.Pants. Takdelah nak merambu capai baju ke ape. Sebab nak berkejar jemput abang-abang balik pulak.

Dapat sehelai pants pun ummi dah happy. Alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015