Alhamdulillah selesai sesi persekolahan tahun 2018
(Faheem dan Faqeeh dah pun mula sesi persekolah 2019 pertengahan Disember yang lalu..hahahaha. Lama sangat duduk dalam draft. Lol!)
Secara keseluruhannya, ummi sangat-sangat berpuas hati dengan prestasi anak-anak.
Ummi mendoakan agar akhlak dan peribadi kalian juga secemerlang pencapaian pendidikan.
Pencapaian Faqeeh di Pasti (6 Tahun)
Tak adil untuk ummi banding antara Faqeeh dengan Faheem. Abang somehow dah set a benchmark untuk Faqeeh. Tapi ternyata Faqeeh buat ummi tersangat bangga dengan pencapaian Faqeeh. Subhanallah MasyaAllah Tabarakallah. Terima kasih Allah atas segala kurniaan nikmatMu. Syukur Alhamdulillah.
But this is just the beginning. Perjalanan sebenar sebuah kehidupan lebih banyak dan luas untuk dipelajari dan dimengerti. Moga Faqeeh dapat kutip seberapa banyak bekal ilmu yang bermanfaat untuk bekal masa depan yang pastinya lebih mencabar.
Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Pasti Kawasan Pandan 2018
Majlis berlansung di SK Taman Muda.
With his best friend, Khalis Naufal. Nama yang tak lekang meniti di bibir seorang Faqeeh. Setiap hari pun mesti ada saja cerita tentang Khalis.
Tahniah anak-anak Pasti Ubudiah. Semoga kalian kelak jadi anak-anak yang soleh/solehah, ummah yang bertaqwa, moga menjadi pejuang dan pembela agama Allah.
Pencapaian Faheem di MTI (Ibtidaie 1)
Masa hendak daftarkan Faheem di sekolah ni, memang kami telah dimaklumkan bahawa fokus sekolah lebih kepada pengajian dan hafazan Al-Quran. Di dalam sesi taklimat ibu bapa pun, ditekankan sekali lagi bahawa pengajian dan hafazan Al-Quran adalah 80% dan sesi akademik hanya 20% sahaja. Untuk peperiksaan tahunan akan diadakan peperiksaan Al-Quran dan peperiksaan akademik. Manakala peperiksaan besar, hanya untuk peringkat SPM sahaja.
Sepanjang setahun pengajian Faheem, tiada homework akademik yang dibawa pulang. Tapi, setiap hari wajib ada homework hafazan. Ibu bapa kena main peranan untuk tasmi' bacaan anak-anak. Naik lunyai buku gundal hifz dan murajaah dia. huhu..
Masa ambil result periksa dia, tengok result akademik, Alhamdulillah. Ustazah pun kata Alhamdulillah, bagus.
Tapi Ustazah suruh fokus kepada part hafazan. Bila tengok peperiksaan Al-Quran/Hafazan, Alhamdulillah, mumtaz. Di MTI, dia tak letak target Darjah 1 mesti kena hafaz sampai surah sekian-sekian. Takde. Kemajuan hafazan bergantung kepada prestasi pelajar sendiri. Kalau pelajar cepat hafaz, fokus dan rajin buat ulang baca (gundal), insyaAllah cepat progress. Dan sewaktu peperiksaan Hafazan, pelajar akan membaca Hafazan di hadapan Ustaz/Ustazah lain. Dia perlu membaca kesemua surah yang telahpun di hafaz sebelum ini. Pemarkahan diberi atas kelancaran bacaan, tajwid dan makhraj yang betul. Alhamdulillah Faheem dapat menghafaz dan membaca dengan baik.
Selain daripada itu, ustazah minta tengok part ulasan guru. Tersengih je ummi baca. Banyak termenung, kuat bermain... Huhuhu..Memang macam tu jugaklah dekat rumah. Part gundal selalu tak siap tu, kadang-kadang ummi abi suruh dia baca, tapi dia tak tanda. So, sesi 2019, ummi kena tengok betul-betul buku gundal anak-anak ye!
Sesi persekolahan 2019
Sesi sekolah MTI bagi tahun 2019 telahpun bermula pada 18 Disember 2018.
Alhamdulillah Faqeeh pun diterima untuk belajar di MTI.
Hari pertama Faqeeh di MTI, cuba cari mana Faqeeh??
Tunduk menyembah bumi. suruh duduk depan bergaul dengan kawan baru, taknak. Diam seribu bahasa.
Tapi sekejap je. Balik tu dah ok dah. Boleh tersenyum manis dah.
2018 dah melabuhkan tirai. 2019 pula menjelma.
Doa ummi tetap sama. moga kalian jadi anak yang soleh, insan yang bertaqwa dan berguna. Moga jadi penggerak ummah, pejuang agama Allah.
Tugas ummi dan abi, tunjukkan kalian jalan, bekalkan kalian dengan ilmu. Ilmu dunia, insyaAllah kalian boleh cari walau di mana dan apa cara. Yang paling penting, ilmu ukhrawi, bekal iman dan aqidah. Ummi dan abi cuba semampu kami, moga kalian terdidik dengan Iman, Islam dan Ihsan.
Kepada Allah jua ummi dan abi berserah.
No comments:
Post a Comment