Wednesday, December 4, 2019

30.11.2019 - Awesome 35 Years


Alhamdulillah
30.11.2019 yang lalu, genaplah Allah pinjamkan ummi hela nafas di bumi ini selama 35 tahun.

Tahun ni, tahun kedua berturut abi jauh nun di perantauan masa birthday ummi. Saja je abi ni tau.. Asal outstation, time birthday ummi. Birthday ummi je, abi outstation..hahahaha..

Tahun lepas sambut birthday penuh syahdu dan linangan airmata. huhu..Huduh benar dah tua-tua dok merebeh lagi.. Tapi yelah, masa tu ummi tengah sarat kandungkan Fatima. Dah almost 8 bulan masa tu. Abi pulak kena terbang ke Myanmar. Ummi dengan sakit-sakit badan, emosi turun naik, dengan stress nya, dengan penat nya, dengan kerenah anak-anak pelbagai ragam dan warna.. Bila abi mesej wish birthday malam tu, terus ummi menangis tersedu-sedan. Abi pulak buat ayat sayu..Manalah ummi tak merebeh airmata.

Tahun ni alhamdulillah ummi tenang-tenang je. Last year, gigih bersengkang mata tunggu abi mesej/call. Tahun ni, boleh pulak ummi naik tidurkan Fatima pukul 10 lebih, dengan ummi pun sekali berlayar...Abi mesej pukul 11 lebih ummi tak perasan. Tepat pukul 12 abi video call, alhamdulillah ummi sedar. Jawab vc dengan muka bacin..hahahaha.. Thank you zawji for the wish and for always trying to be the first one to wish my birthday walaupun jauh di perantauan.

Faqeeh on the other hand, being sentimental as always, dah siap-siap buat birthday artwork untuk ummi. Dia kata nak buat surprise untuk birthday ummi. Tapi...... ummi dah dapat surprise tu as early as 1st November. Faqeeh kata, takpelah, inikan bulan 11, hari-hari pun harijadi ummi. Alololo...
Touching la Faqeeh ni..








4 comments:

  1. Sanah helwah Ily. Muda lagi, masih 3-series :)

    Sejuk hati kan bila anak-anak bagi Kad ke, ucapan ke, surat ke as a bday gift..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)

      Betul. Touching sangat bila tengok effort anak. Allahu..

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015