Tuesday, April 20, 2021

Seminggu Pertama Ramadhan 1442H

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu lagi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Diam tak diam, dah seminggu Ramadhan menjengah. Allahu, terasa cepat betul masa bergerak. 

Ramadhan tahun ini, walau kes pandemik Covid-19 10 kali ganda lebih tinggi dari Ramadhan tahun lalu, majoriti telahpun masuk bekerja ke pejabat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mahupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan pematuhan kepada norma baru dan SOP yang ditetapkan. Berbanding tahun lalu yang mana kita semua melalui Ramadhan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat. Aktiviti seharian hanya tertumpu di dalam rumah. Maka golongan mak-mak antara golongan yang paling sibuk dan tak menang tangan. Pelbagai bakat terpendam terzahir keluar. Pelbagai menu dan resepi masakan hendak dicuba. Group masakan seperti Masak Apa Hari Ni dan juga lawannya Masak Apa Tak Jadi Hari Ni meraih pengikut yang mendadak ramai..Ummi pun tak terkecuali nak mencuba segala resepi viral. hihiii..

Tapi Ramadhan tahun ni, setakat minggu pertama puasa ni, dapur ummi agak sendu sedikit. Pertamanya, asbab ummi dah diarahkan untuk bekerja dari pejabat secara optimum. Keduanya, ditakdirkan di minggu pertama ni, sekolah Faheem dan Faqeeh menghentikan sementara pembelajaran secara fizikal dan digantikan dengan kelas online memandangkan ada guru yang disahkan positif Covid-19. Jadi, untuk meneruskan kelas secara online, Faheem dan Faqeeh ummi abi tumpangkan di rumah Mama. Kalau dah letak di rumah Mama, makanya sekali lah dengan pakej berbuka puasa. Huhuhu..
Tapi tidak juga ummi berbuka sepenuhnya di rumah mama. 


1 Puasa
Pagi-pagi lagi ummi dah terima pesanan panjang lebar daripada Faqeeh yang soleh..Ending pesanan agak pelik..kenapa nanti bos pula yang batal puasa?? 
😂😂😂


Berbuka di hari pertama Ramadhan di rumah Mama. Mokcu masak lauk kegemaran Mama dan arwah Maktok.. Lauk Haramjadah dan suhun goreng. Serius, itu namanya, HARAMJADAH. Kalau google, nama lauk itu memang wujud. Ada juga sekotak ayam KFC. Ironinya, itu hari ketiga berturut kami menikmati hidangan KFC. hahaha.. Ummi tapaukan Mertabak Pak Jabit hasil singgahan secara pantas di bazar.

Anak siapa letih sangat puasa ni sampai tertidur di sudut dinding. hahaha..Ummi ambil gambar dari FB Pasti. Kalah orang puasa Fathiy oii..


Dan, berita sedih di 1 Ramadhan skrin handphone ummi pecah. Bukan screen protector ye. Syahdu betul rasanya. 6 tahun ummi pakai phone ni. Walaupun ummi dok geram sebab bateri yang asyik drained out macam apa je, storage yang asyik penuh, phone yang selalu menggila, tapi ummi tetap bertahan lagi.. Belum berhasrat nak tukar lagi. Pakai je selagi boleh, dan beri laluan pada banyak lagi perkara yang lebih penting. Tapi dah retak seribu ni macam nak kena ganti nampaknya. Intai-intai Iphone 12, mampu intai jelah...huhuhu.. Tengoklah berapa lama ummi boleh bersabar dan bertahan dengan handphone ni ye.

2 Puasa
Hari ni berbuka di rumah sendiri saja. Seawal pukul 3 ummi dah maklum pada Mokcu yang ummi tak berbuka di Ampang. Mokcu tanya, nak tapau lauk tak? Bila ummi tanya masak apa, berejam barulah mesej ummi di balas. Rupanya Mokcu memerut. haha.. Takpelah Mokcu. Ummi pun dah siap-siap turunkan ayam percik frozen lepas sahur tadi. Ayam percik tu ummi masak agak banyak few days sebelum puasa. Sebahagian untuk dimakan, sebahagian ummi sejuk bekukan. Masa fetch Faheem dan Faqeeh di Ampang, zawji singgah beli popia basah favourite ummi dari gerai Papapopia di Taman Putra. Ada tepung pelita juga.. Yumm..



Mek Fatima done terawih. hihi..


3 Puasa
Pun berbuka di rumah sendiri. Tengahari ummi gagahkan diri berjalan ke Sogo beli binatang laut sedikit untuk berbuka. Balik tu zasss ummi masak paprik sotong. Mokcu pulak bekalkan kuah masak lemak ketam masa zawji jemput Faheem dan Faqeeh. Sebelum tu, masa zawji jemput ummi di LRT, singgah beli mertabak, bubur somsom dan masak lemak pucuk paku. Alhamdulillah.

4 Puasa
Since hari ni last day Faheem dan Faqeeh kelas secara online, maknanya minggu depan takdelah tumpang rumah Mama lagi. So, ajak Zawji buka dekat Ampang. Mokcu masak ikan cencaru sumbat sambal. Ummi tapau sagu gula melaka dan pulut panggang hasil belian di bazar Medan Mara. Sementara tunggu zawji jemput di LRT, sempat ummi round bazar LRT dan terbeli pula Roti John. hihi..

Mek Nusayba peneman ummi masak untuk sahur. Ni hari kedua dia bangun sahur 😁


5 Puasa
Lepas Subuh kami gerak nak balik Gombak. Zawji nak bawa Ayoh untuk buat MyKad bagi menggantikan MyKad Ayoh yang hilang. Masa kalut anak-anak nak masuk dalam kereta, Nusayba terjatuh dari dalam kereta, menyembam ke lantai. Allahu. Luka di bawah hidung dan benjol sedikit di dahi. Alhamdulillah dia tak demam atau muntah selepas tu. Risau dan galau juga hati ummi.

Masa Nusayba jatuh tu, ummi tengah snap gambar kakak ni haa.. Makngah nye minta model cilik bergambar dengan kurma. Kurma tu ummi beli dari Makngah..


Dan tentulah malam tu berbuka di Gombak. Ma memang plan nak buat tahlil arwah sekali malam tu. Untuk berbuka, biras 1 masak ayam tiram & sos thai ilham Khairulaming watzup gaiss serta sayur petola dan puding roti pisang. Biras 2 masak gulai ayam. Biras 3 bawa masak lemak udang galah dan sambal tomato ikan bilis. Biras 4 buat kuih ketayap. Sagu gula melaka made by kakak ipar kot. Ummi? Tolong serba sikit je sebab mood Nusayba tak OK. Mungkin sebab jatuh tadi tu dan gigi ke-6 sedang memunculkan diri juga. Asyik merengek dan minta didukung serta nak mengempeng sajalah dia. Fatima pun boleh tahan manja asyik berebut minta ummi dokong. Lembik dan longlai lah ummi yang berpuasa ni. Maaf lovely sisters sekalian 🙏🙏🙏

Lepas berbuka, solat isyak, terawih dan witir berjemaah bersama imam jemputan dari madrasah berhampiran. Diikuti dengan bacaan tahlil arwah. 


6 Puasa
Back to Pandan. Sempat singgah pasaraya sebelum balik. Beli sedikit stok barang kering dan basah. Beli juga koko krunch, honey stars untuk stok sahur anak soleh Faqeeh yang agak picky eater sedikit. Untuk berbuka, ummi masak kuetiau goreng udang, abi beli mertabak, air soya dan kuih samosa.

7 Puasa
Ummi WFH. Pejabat ummi ditutup sehari bagi tujuan sanitasi kerana ada pegawai dari aras lain disahkan positif Covid-19. Hari ni lah baru dapur ummi meriah sedikit. Ummi masak tomyam seafood, daging ala-ala daging harimau menangis & sos thai, puding karamel dan teh ais cincau. Faheem dan Faqeeh pula, pihak sekolah bekalkan dengan sebekas daging dendeng setiap seorang. Ummi beri sebekas daging dendeng tu kepada Mak, pengasuh Fatima dan Nusayba. Mak pula bagi kami pasembor kedah. Sedang kemas meja untuk berbuka, Faqeeh bawa masuk pula sesikat pisang dan kuih samosa pemberian pakcik Usop, jiran selang 2 rumah. Allahu. Meriah pula meja. Sudahnya, puding karamel ummi hold dulu untuk santapan hari berikutnya. hihi..




Syukur alhamdulillah.
Moga Allah terus berikan nikmat sihat supaya dapat melipatgandakan amal ibadah di dalam bulan yang penuh barakah ini. InsyaAllah.


1 comment:

  1. Nampak kelam kabut juga di awal puasa ni ye Ily ☺️ Dapur akk pun sendu juga minggu 1st. Second week ni baru ada mood hihi

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015