Tuesday, May 4, 2021

Minggu Ketiga Ramadhan 1442H

 Sekejap je dah masuk minggu ketiga.. Allahu.. Pantas betul masa berjalan..

15 Puasa
Ummi masak mee kari untuk berbuka hari ni. Ini percubaan pertama ummi masak mee kari. Seram lah juga, sebab masak menu yang first time trial di bulan puasa. Tapi redah jelah. Dah teringin sangat kan. Ummi belek-belek resipi Che Nom dan juga dari laman keluarga.my. Tapi resepi Che Nom macam banyak sangat bahan dan macam tak sempat je untuk ummi marathon. Resepi satu lagi lebih ringkas. Namanya pun cara mudah masak mee kari yang sedap..hihi...Kita mix and match ikut apa yang ada lah ye.

Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan walaupun bahan ada yang kurang dan warna kurang naik berseri. Faqeeh dah siap request suruh ummi masak lagi, dan extra taugeh..hihi..


Abang long pun, entah berapa mangkuk dia makan. Licin mee 1 kg. Syukur alhamdulillah.


16 Puasa
Zawji ajak berbuka di Ampang. Alang-alang nak hantar tangga katanya. Nak balik kerja, ummi singgah beli cheesy takoyaki leleh. Last time beli family pack, anak-anak berebut, tak cukup. Kali ni ummi beli jumbo pack. Makan lah sampai puas. Licin juga jumbo pun..hihi..



Maktok masak bubur lambuk. Mokcu buat masak lemak ketam. Paklong beli roti john goreng pula. Faheem Faqeeh bawa pulang daging dendeng. Meriah betul. Dek kekenyangan makan bubur, roti dan takoyaki, tak mampu dah nak sumbat nasi berlauk lemak ketam. Hajat nak tapau bawa balik untuk sahur. Boleh pula terlupa.. Tiada rezeki nampaknya.. Hahaha..Terpaksa la juga gigih memasak untuk sahur esoknya.


17 Puasa
Cuti Nuzul Quran hari ni. Kali ni ummi teringin nak buat laksam pula. Lama dah teringin nak cuba buat, tapi asyik tertangguh je hasrat tu. Abang-abang sekolah hari ni. Masa jemput abang-abang balik sekolah, sempat ummi singgah kedai beli bahan apa yang patut untuk melengkapkan misi membuat laksam ummi. Untuk kuah ummi guna ikan sardin sekilo campur seketul ikan kembung. hihi.. Leburkan dalam pressure cooker pakai mode tendon. Berderai habis tulang ikan, tak payah nak perisi lagi dah. Blend je terus dengan bawang. Laksam (yang bergulung tu) pun gigih ummi buat sendiri. Berpeluh-peluh mengukus dan menggulung. Memang sengaja nak uji diri buat laksam from scratch. Mengah betul. Alhamdulillah menjadi walau ummi rasa macam tak berapa nak Kelantan rasanya..hahaha.. Tak tahu tang mana kurang. Tapi licin jugaklah. Alhamdulillah.



Ummi buat juga puding roti sebab roti dah nak expired. Siap sos kastard warna pink.. Saja nak bagi variasi warna.


18 Puasa
Simple menu dari dapur kecil ummi, asam pedas ikan jenahak dan sayur pakchoy sos tiram..Abi beli popia basah, jiran kanan bagi donut krispy kreme, jiran kiri bagi mertabak, jiran kiri sebelah lagi bagi kuetiau goreng. Allahu Allah. Moga murah rezeki semuanya.


19 Puasa
Balik berbuka di Gombak pula hari ni. Kali ni ummi masak bubur jagung sagu. Dan singgah beli ayam golek. Sampai Gombak, nampak ayam masak lemak atas dapur. Biras Rawang bawa tomyam ayam bibik Jerman. Siap ada 2 versi, spicy dan non-spicy. Our big extended family mostly tak makan pedas. Ada beberapa orang je yang memang hantu pedas. Sedap pulak tomyam TM6 ni. Macam nak kena hasut zawji beli bibik german jugak ke camne ni?? Hahahaha.. Belum mampu ummi nak membelinya haaa..Menu lain, ayam goleh 5 bintang, kuih tepung pelita, baked macaroni, roti jala..Paling special, birthday cake untuk Ashmal yang soleh.. Happy 4th birthday Ashmal Nuwairy.


p/s: tiada gambar. Dah sibuk berkumpul adik beradik, tak ingat nak snap gambar makanan..haha..

20 Puasa
Balik dari Gombak ada beberapa tempat persinggahan. Cari adapter VGA to HDMI la, cari selipar anak-anak la..Makanya, untuk berbuka pun, kita beli jelah. Singgah Kompleks Muhibbah, zawji beli nasi ayam, nasi goreng ayam crispy, chicken chop, roti john dan mertabak. Ada juga bekalan dari biras sebelum bertolak balik, bubur pulut hitam.

21 Puasa
Sebelum balik kerja, whatsapp zawji tanya nak makan apa. Zawji kata tak kisah je (his usual answer..hihi..Tapi sungguh la dia memang jenis tak kisah. Bini masak apa pun, sedap tak sedap, dia makan je tanpa komplen..) I thought nak goreng mee je. Balik tu marathon jap dalam supermarket Sogo, capai apa yang patut dengan skala laju. Tapi tercapai juga yang tak berapa patut.. Hahaha..Biasalah ladies, list barang ada sepuluh, keluar kedai bawak 20 barang..😄

Terhasillah mee goreng simple. Bubur lambuk bekalan dari sekolah abang dan lasagna semalam yang dipanaskan. Juga buah pauh kegemaran Faqeeh.



No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015