Tuesday, June 8, 2021

Alahai Anak Dara....

 
Kisah si anak daraku, Fatima Az-zahraa
One fine day, lengan dia melecur kena periuk panas. Gara-gara nak rasa kuah yang baru siap masak. Dia tengok ummi rasa kuah hujung sudu, dia nak juga. Dan, dia nak buat sendiri. Mengamuk tak mahu ummi sendukkan kuah letak pada sudu dia. Nak ambil sendiri dalam periuk. Maka, berbekas lah  lengan tu. Tak sempat ummi nak halang anak oi. Mujur periuk tak terbalik timpa awak. Nauzubillahi minzalik. Maktok tanya, serik tak dia lepas tu?? Mana ada seriknya. Dan ummi pun harap, jangan lah serik. Nanti sampai ke besar serik nak masuk dapur teman/tolong ummi masak. Naya..huhu..


Another fine day, ummi tengah goreng nasi, dia berlari datang dapur menangis melalak-lalak. Then Fathan kata kaki Fatima berdarah. Allahu. Where did you get this cut Fatima solehah ku yang bijaksana dan cantik budi pekerti...Agak dalam juga lukanya. Tapi alhamdulillah tak berdarah banyak. Cuci dengan alcohol pad, sapu antiseptik, balut plaster. Tanya abang-abang, what had happened? masing-masing tak tahu sebab leka baca komik. Aihh.. Fathan kata Fatima panjat tingkap. To what extend dia panjat sampai boleh luka macam tu? Kesimpulan ummi, dia panjat dan pijak dekat frame tingkap. So, luka terkena tingkap nako tu. aihh.. 


Tenang dah bersahaja je muka awak kan..


Anak dara kuuu...
Sama naik awak dengan abang berempat ye. Berlumba nak tambah koleksi parut ke apa ni?? haha. Bertabahlah mak.. Buleh anok tinnoo dok hungga ghukah supo anok jate jugok 🤣🤣🤣

Mujur lah luka kat kaki dan tangan. Kalau kat mukaaa.. Maktok kata, kurang hantaran nanti. hahahaha..

Semoga membesar dengan baik, sihat, cerdik, pintar dan cerdas serta menjadi anak yang solehah, cantik akhlak, baik pekerti, tetap di jalan Allah yang satu.. Allahumma ameen.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015