Tuesday, July 6, 2021

Lamb Stew : From My Humble Kitchen

Ummi beli lamb cubes, niat di hati nak masak gulai/kari.. Tiba-tiba melintas dekat FB ummi, sahabat sekolah menengah (F1 until F3) ummi merangkap geng melompat main selut dan lumpur.. Geng bola jaring la, team penuh suka duka..Kerana netball la, ummi berkawan dan bergaul dengan sahabat yang baik hati dan peribadi tak kira kelas depan , pertengahan atau hujung. Sports unite us gitu, walau ada yang pandang serong. (Rindu kenangan lalu 😅😌).

Jauh pula ummi melencong. Maaflah, bila sesekali terkait kisah zaman muda remaja tu, mulalah nak melalut. hihi..

Sahabat ummi ni, dia post hasil air tangan dia, bamboo lamb stew. Lamb stew yang dimasak dalam buluh. Siap ada video dia tuang hasil masakan dari dalam buluh kedalam mangkuk. Bila ummi tengok ketulan daging kambing tergedik-tergedik terjun dalam mangkuk tu, Ya Allah... kecur air liur.. haha.. Gigih ummi pi screenshot balik video kawan tu. huhu..

Maka, gulai kambing ummi bertukar menjadi lamb stew. Tapi idok le ummi masak dalam buluh seperti kawan ummi tu. Ummi kan malas, jadi ummi campak masuk pressure cooker je semua. Tekan-tekan, tunggu dia bunyi beeeepp.. Siap. Kalau mampu sabar, biarlah dulu tekanan dalam periuk tu hilang sendiri. Kalau tak sabar, terus je release pressure, tadah mangkuk. Hihi..

Untuk masak lamb stew ni, ummi gunapakai resepi dari page Azie Kitchen. AK share resepi beef stew yang katanya diolah dari resepi chicken stew oleh DYMM Raja Permaisuri Agong. 

Resepi asal yang dikongsikan oleh AK. Tapi ada bahan yang ummi tiada. Ummi ganti je dengan apa yang ada di rumah..


Resepi versi ummi:

1kg daging kambing dipotong kiub (daging kambing yang ummi beli dari Barang Dapur Basah memang dah siap dipotong kiub)
1tsp minyak masak (olive oil dah habis 😅)
2 biji lobak merah - dipotong 2 inci pjg
2 biji kentang - dipotong saiz 2 inci
Setengah biji lada capsicum - dipotong dadu
6 ketul cendawan shitake - dipotong 4
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang holland - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1 sudu besar kicap lemak manis
1 kiub pati ayam
herba oregano
lada hitam
dried basil leaves
daun parsley - dicincang
2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan air
air secukupnya (terpulang ikut citarasa nak kuah banyak mana)


Cara memasak:

Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan ketulan daging kambing. Masukkan juga lada hitam dan sedikit garam. Balik-balikkan daging, masak hingga daging bertukar coklat/keperangan. Bila dah perang, Angkat dan letak tepi. Ummi baca, cara begini adalah untuk restore rasa daging tu bila masak nanti.


Guna minyak yang sama, masukkan bawang holland, bawang putih cincang. Kacau seketika, then masukkan sayuran keras - lobak dan kentang serta cendawan shitake.


Then, humban masuk daging kambing tadi bersama sayuran yang telah ditumis manja ke dalam pressure cooker.

Ummi masukkan juga sekali tomato, ada capsicum, kiub ayam, oregano, parsley, basil, lada hitam some more..  dan kicap lemak manis juga. Capsicum tu aptu masuk kemudian supaya dia tak lembik, tapi ummi malas nak fikir, tu yang humban semua sekali masuk.. 


Dah humban masuk semua bahan, masukkan air sedikit (ummi letak air lebih kurang separuh ketinggian daging) tutup periuk, seal. Pakai mode steam/stew tu je. KPT pun ummi pakai yang dah preset. Tak pandai nak adjust, godek-godek. Cooking time: 20 minit.


Bila pressure cooker dah berbunyi beep, release pressure. Time ni bergaduh dengan anak, sebab masing-masing sibuk mengadap, lepas tu nak hulur-hulur tangan dekat steam yang keluar tu. Mahu tak menjerit ummi ni?? Tak pasal melecur tangan anak nanti, maka panjanglah bebelan ummi. 😏😌

Dah selesai release pressure, stay dekat keep warm mode, perasakan dengan garam dan masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau-kacau sampai kuah likat. Ikutlah kepekatan yang kita nak. 

Hasilnya...tadaaa..



Makan malam. Cicah dengan roti gardenia je. Dan secawan kopi o panas. Nikmatnya, Allahu.. Alhamdulillah.


Asalnya ummi nak masak setengah kilo je, sebab anak-anak bukanlah peminat daging sangat. Tapi saja lah ummi buat juga sekilo tu dengan niat nanti nak bagi maktok rasa. Rupanya, anak-anak ummi kesedapan lah pulak. Yang Faheem dan Faqeeh dok meratah kambing. Fathan dan Fathiy pula layan hirup kuah. 

Mujur ada juga rezeki maktok walau sedikit. Ummi frozen kan sedikit untuk maktok. Bila hari ummi kena masuk pejabat, which means anak-anak berkampung di rumah maktok, ummi bagilah untuk maktok merasa. Alhamdulillah maktok dan mokcu suka. Maktok siap call tanya resepi. hihi. Mokcu pula cakap kat maktok, "pandai jugak kak lang ni masak..".. Hahaha.. Mokcu kan student cemerlang kulinari. Takkan lah ummi nak overshadow mokcu.. Ummi ni memang tak pandai masak, dan malas pun banyak juga. Sesekali je datang mood dan roh rajin tu, sJa lah mencuba. Untung nasib, sedap lah kan. Yang tak sedap tu, kita simpan diam-diam je lah 🤭🤭🤭


2 comments:

  1. Nampak sedap tu Ily :)
    Akk pun pernah cuba resepi Tuanku Permaisuri ni.

    ReplyDelete
  2. Senang betul bila ada pressure cooker ni. Cepat kerja memasak tu. Sedap tu dah semestinya. Tak sedap, pendam je. hihi

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015