Wednesday, August 11, 2021

Covid-19 : Close Contact

Minggu pertama Ogos 2021 ummi yang padat dengan mesyuarat back to back tu, ada kisah lain lagi disebaliknya. Betul-betul buat ummi lelah. Lahawlawala quwwata illa billahil 'aliyyil 'adzim..

Ummi dah lama tak hantar mek kecil berdua, Fatima dan Nusayba ke pengasuh. Since Ogos kelihatan agak meletihkan, ummi maklum pada pengasuh nak hantar Fatima dan Nusayba bermula Ogos. Actually beberapa minggu sebelum tu, ummi ada call pengasuh sebab ada kirim makanan ke rumah pengasuh. Berborak panjang jugalah masa tu. Pengasuh tanya Fatima dan Nusayba, rindu nak dengar celoteh Fatima katanya. Fatima ni pun sebenarnya tiap kali abi bersiap nak pergi kerja, dia pun sama sibuk kemas beg, nak pergi rumah mak (pengasuh).. She keep on saying rindu mak, nak pergi rumh mak..

So 2 Ogos, ummi hantarlah mek berdua tu. Ummi pula masuk office. Petang ummi ambil anak-anak, ada menantu dan cucu pengasuh sekali. Pengasuh ni jaga cucu-cucu dia dan Fatima Nusayba. 

3 Ogos, ummi wfh. Tapi sebab ummi ada mesyuarat online, ummi hantar juga lah ke pengasuh. Sebab memang sukar untuk ummi fokus kerja bila ada anak-anak kecil ni. Fatima dan Nusayba pula memang pantang sangat kalau tengok ummi depan laptop. Masa tu lah masing-masing nak panjat kerusi meja, nak duduk atas riba, nak mengempeng. Fatima pula, after 2 years dah putus susu (sebab ummi pregnant ke Nusayba), all of a sudden sekarang ni dia nak menyusu badan balik. Dah macam ada kembar dah ummi ni. So,memang tak boleh nak fokus kerja, dan badan ummi sangat penat.

Tengahari 3 Ogos tu, sedang ummi sibuk dengan kerja, pengasuh call bagitahu menantu dia positif Covid. Ummi inform abi, abi suruh ambil Fatima dan Nusayba. Dalam ummi tengah kalut prepare untuk meeting petang tu, ummi pergi jugalah ambil anak-anak. Ummi pesan pula kat abi, tolong singgah farmasi beli self test kit untuk Covid tu. Malam tu jugak ummi test dekat Fatima. Alhamdulillah negatif.





The next day, pengasuh call lagi, tanya anak-anak ok tak. Then pengasuh bagitahu, dia dan suami pun positif Covid. Berderau juga jantung ummi walau dah test dekat Fatima malam tadi. Ummi    yang memang dok sakit kepala dari hari selasa pagi tu, terus  rasa seram sejuk badan macam nak demam. Ummi buat juga self test, alhamduliah negatif. Tapi badan ummi sakit-sakit, asyik bersin, sakit tekak.. Bisa seluruh sendi badan. Ummi rasa tak sedap hati sangat. Ummi cakap dekat abi, kalau berlarutan macam ni, ummi nak buat swab test. Sebab ummi kan commute pergi balik kerja naik LRT, so we never know kat mana yang ada virus tu. 

Hari Khamis ummi ada meeting pagi dan petang. Dalam pada tak sihat, join juga meeting. Ummi takde option sebab immediate boss ummi baru je pindah masuk awal 30 Julai. So beliau memang tak hadam lagi tentang projek bawah seliaan ummi. Nak lepas terus pada anak-anak buah, kesian pula. Sudahnya, korbankan lah kesian pada diri sendiri. Huhu.. So, tak sempat nak buat swab test. Jumaat baru free sedikit belah pagi. 

Since anak-anak kelihatan segar dan aktif, dan tiada simptom seperti demam, selsema etc, ummi agak confident juga lah dengan result self test tu. Cuma diri ummi ni je lah. Serah juga diri untuk dicucuk hidung. Daripada risau berteka-teki tak berkesudahan kan.

Berdebar juga nak buat swab test ni.. Seram sejuk berganda. Hahaha..Ummi buat RTK je. Tunggu 15 minit, dapat result terus. Ada 2 family sebelum ummi.. Both families, ada beberapa family members yang positif. Makin berderau jantung rasa tengok result orang. Bila tiba turn ummi, alhamdulillah negatif. Lega betul rasanya. 


Dan sakit-sakit badan ummi tu, keesokan harinya beransur kurang. Haihh.. ummi rasa, ianya lebih pada mindsetting. hahaha. Atau mungkin sebab badan ummi dah terlalu penat sangat 😩😭 .Tapi hari ni dok sakit-sakit balik badan ni. Lenguh, sengal seluruh badan. Allahu. Kalau dapat berurut ni, lega sikit agaknya rasa.

Tapi, ini bukan pertama kali ada kes close contact ni. Abi, fathan dan fathiy juga pernah jadi close contact. Alhamdulillah, Allah masih melindungi keluarga kami.




Risau betul, dengan varian baru ya g makin mengganas ni kan. Walaupun ummi abi dah complete 2 dose vaksin, tapi anak-anak kan belum divaksin lagi. Tetap lah risau kalau terjangkit pada anak-anak.. Allahu.. Nauzubillah...

Sedih bila baca status Ustaz Wadi Anuar ni.. Ramai yang dah kehilangan insan tersayang dek virus Covid ni. 😭😭😭



Apalagi yang terdaya kita buat. Teruskan jaga SOP, jaga jarak, pakai mask (double mask), cuci tangan dengan kerap, ambil vaksin. Teruskan berdoa, mohon pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT. Dan rasanya, self test kit dah jadi keperluan essential di setiap rumah. 



3 comments:

  1. allahu..seram sejuk baca entry ni..
    alhamdulillah tiada pape yang berlaku..mahal tak sis yg self test covid tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa husband beli tu, Rm39.90. Later jumpa ada yg jual RM35.

      Delete
  2. Subhanallah Alhamdulillah suspen baca entry ni :-)

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015