Wednesday, June 8, 2022

Makan Malam di Kedai Kopi Yeop KL


Hari sabtu baru ni, ajak abi makan di Kedai Kopi Yeop KL di Queensville, Bandar Sri Permaisuri. Kedai ni agak tersorok, tak nampak dari tepi jalan. Tapi kalau nampak deretan kedai Palperro, Marrybrown, Kedai Emas Tanah Merah, Teh Tarik Place, Bubble Bee... Kat situ lah dia. Cumanya kedai tu di bahagian belakang. Gigih mencari kan.. hahaha..

Deko kedai, sempoi santai. Meja ada pelbagai rupa dan bentuk.. Ada meja yang transformed dari pintu. Banyak bikin sendiri katanya (eh. tau pulak ummi ye).. Unik dan ada feel klasik. 

Sementara tunggu order sampai




The menu


Kami order nasi lemak KKY, kuetiau goreng ipoh, mee goreng, nasi goreng yeop, roti bakar telur goyang dan roti titab. Air, tentunya ummi pilih kopi mocha ais, abi minum kopi tok syed. Anak-anak order sirap bandung, coklat ais dan teh o lemon.

Harga makanan agak keras, tapi portion dia agak besar. Sepinggan kuetiau boleh dinikmati berdua. hihi..

Nasi lemak KKY, sambal tumis dia sedap. Dihidang bersama sambal sotong. Pun sedap juga.


Nasi goreng yeop. Dengan sotong berketul. Rencah nasi goreng guna ikan bilis kisar. Rasa macam nasi goreng ummi selalu masak sebab stokikan bilis melambak dekat rumah.. hihihi,,


Roti titab dan roti bakar telur goyang.


Mee goreng, ada udang besar dan telur mata. Abang Fh makan sorang je ni. Tak jamu orang lain. huhu..


Kuetiau goreng. Yang ni ummi punya order. Recomended. Pada ummi, memang menepati citarasa. Ummi makan dengan sambal tumis nasi lemak pulak, uishhh...


Alhamdulillah kenyang. 


Layan movie pulak, macam rumah sendiri dibuatnya.


Dekat kedai takde signboard. Ambil gambar bunting je lah.


Bila food dan ambience ok, cun... Balik tu ummi whatsapp la bos kedai 🤭 Bukti support kenalan yang sorang ni.. Orang taraf selebriti ni, memang bz sokmo. Anyhow, moga terus sukses. Kalau bos open table, confirm kami datang lagi. eh! 😂









No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015