Friday, July 29, 2022

Farewell Cikgu Pasti di Mios Kitchen Bandar Baru Ampang


Bulan lepas abi maklumkan seorang cikgu Pasti, Cikgu Shira, dapat tawaran cikgu tetap KPM.  Alhamdulillah, rezeki cikgu. Pastinya itulah rezeki yang lebih buat dia, berbanding kekal di Pasti. Satu kehilangan untuk Pasti, dan perlu cari guru pengganti, tapi biasalah, people come and go. Kerja di mana-mana pun itulah situasi yang perlu dihadapi. 

Untuk makan-makan sempena farewell cikgu, hari nak buat farewell tu ummi puasa. Ummi pun tak tahu sebenarnya ada plan untuk buat farewell malam tu. Petang tu, tengah dok fikir-fikir menu apa nak buka puasa, tiba-tiba abi hantar menu, tanya nak order apa.. Wahhhh... Pucuk dicita ulam mendatang nih...





Balik kerja, dengan tak sempat nak salin baju, azan je terus solat Maghrib dan sap sap soi, gerak terus pergi Mios Kitchen.


Sempat hero ni bawa buku cerita.


Panjang meja kami ha. Kami je riuh satu kedai.



Ada 6 orang cikgu yang hadir. Missing seorang. Yang hujung meja muka semacam ketat dengan anak ramai tu bukan cikgu ye.. Tengah mengunyah makanan tu uii..


Abang Fh ni sentiasa fokus dengan makanan. hihi.. Ummi lupa dah order apa hari tu.. Sebab banyak sangat kan..


Kemain mek Ns tu geng dengan cikgu makan fries.


Yang diraikan, yang di tengah bertudung kelabu tu.. Cikgu Shira. Dikhabarkan beliau dapat posting ke Mukah, Sarawak. Semoga dipermudahkan segala urusan cikgu di sana nanti.


Terima kasih cikgu atas khidmat bakti di Pasti Ubudiah sepanjang almost 3 tahun. Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran atas segala khidmat cikgu selama mendidik anak-anak Pasti.





2 comments:

  1. Sekolah anak2 akk SRAI ramai yg dapat jadi guru KPM. Alhamdulillah rezeki depa.
    All the best utk Cg Shira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. rezeki yang lebih baik buat cikgu2 hendaknya. Moga jadi pemangkin semangat untuk terus mendidik anak bangsa jadi insan yang berguna..

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015