Tuesday, August 23, 2022

Pengakhiran dan Permulaan

Kisah kenapa ummi bergundah gulana beberapa minggu sudah..

Setelah rasa selesa 5 tahun lebih di pejabat ummi di Maju Tower, ummi dapat warkah pertukaran.. Ia sememangnya dah dijangka.. Cuma yelah, ada soft spot dalam hati yang berdoa agar lambat lagilah turn ummi bertukar. haha..

Asalnya ummi kena bertukar ke Putrajaya, tapi ummi buat rayuan untuk stay di KL atas sebab-sebab peribadi. Alhamdulillah dapat stay di KL..

Saying goodbye to this..


Assalamualaikum.. Hye new office..


Officially berkhidmat di pejabat baru pada 22.8.22.

Sepanjang 5 tahun, of course la banyak kisah, ragam, rancah, mehnah, warna dan rasa.. Ada pahit ada masam ada manis ada tawar.. Bila diadun semua, pada ummi tentulah yang manis dan menggembirakan itu lebih banyak dan dominan.

I had a very good team biarpun mereka silih berganti. Alhamdulillah mostly boleh adapt masuk dengan kegilaan dan kerenah masing-masing. Biasalah ada terasa hati sana sini, ada yang terkuat dan terkasar bicara.. Asal jangan simpan ketat dalam hati.

I've learned a lot of things here. Dari ilmu tentang kerja, pelaksanaan projek, soft skill untuk bercakap dan engage dengan ramai pihak, how to approach in a diplomatic way sebab lama nak berurusan dengan each and every party. Ilmu tentang kehidupan juga ada, ilmu kerohanian, tentang hubungan kekeluargaan dan pelbagai lagi.

Jauh di sudut hati, memang sedih..
Tapi, we need to move ahead, choose our own path..
But, insyaallah, there will always be a spot deep in my heart for this 'family' i used to have.




2 comments:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015