Friday, September 9, 2022

Program Cuti Sekolah: Camping Depan Rumah Tokma

Last week, kakak ipar announce dalam group whatsapp family Gombak... Nak buat program camping depan rumah untuk anak-anak sempena permulaan cuti sekolah. Anak-anak ummi tak cuti sekolah pun, tapi join jugalah.. 

Siang sabtu tu pasang khemah. Kami tak balik lagi masa ni.. Abi ada kerja.. Lewat petang baru kami bertolak balik..


Malam buat potluck & bbq. Masalahnya, kami ni tak decide dari awal nak join ke tidak since abi ada urusan. Abi selesai kerja petang tu, terus tanya, nak bawak apa untuk potluck.. Adoii.. Ummi memang takde prepare apa-apa lah sebab ummi pun sibuk basuh sidai lipat dan iron kain baju semua.. Intai dalam peti, stok dimsum ada lagi.. Maka, kami bawa dimsum ajelah.. Menu lain, ada satay, burger dan sosej. Makteh nya masak spaghetti aglio olio & goreng nugget. Aunty bawa kek lapis pandan dan choc cheese cake. 


Sambil makan, sambil bakar-bakar, sambil menonton wayang pacak, tayangan movie di bawah sinaran bulan 😅.. Cerita Paskal kalau tak silap ummi. Ummi tak tengok sangat pun. hihi..







Kids tidur dalam khemah malam tu. Tak semualah, yang besar-besar.. Anak-anak ummi 3 orang. Abang Faheem, Faqeeh dan Fathan. Diawasi oleh Paksu mereka.. Pengalaman barulah untuk anak-anak sebab ummi tak pernah bawa mereka camping. Ni camping depan rumah, ok lah kan. Ummi ni tak larat nak bayangkan camping di campsite dengan anak 6 orang, nanti bak berulang ke toilet, yang bergaduh bercakar lagi, yang asyik nak berebut tidur dengan ummi...haha, mau roboh khemah nanti.. I'm so not ready lagilah for this..




Hari Ahad, buat gotong-royong bersihkan longkang dan sekitar kawasan rumah tokma.. Disusuli dengan sukaneka..







Endingnya, semua dapat hadiah.. Semua seronok dan enjoy the games walaupun tak semua sepupu ada.. Ummi pula, masa mereka bersukanek, ummi beradu di bilik. hahah. Tengah tak sihat masa ni, demam batuk lesu badan. Maka ummi isolate kan diri dulu demi kemaslahatan semua. Yang penting kids were having fun bersama sepupu-sepupu mereka. 

2 comments:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015