Ahad baru ni, ikut abi ke program Alam Ria Pasti Negeri Selangor di Kapar, Klang.. Acara selesai dalam pukul 2 lebih. Habis program, abi tanya ada nak ke mana ke?
Tiba-tiba rasa nak round Shah Alam, nak kutip cebisan memori zaman bergelar mahasiswa dulu. Singgah pusing dalam UiTM . Allahuuu, rindunyaaa.. Terbayang-bayang kenangan bersama kawan-kawan zaman remaja belia, sama-sama menuntut ilmu, pelbagai ragam pelbagai kerenah . Sungguh. Rindu menggamit di hati.
Kami singgah solat di Seksyen 3. Pun, antara port ummi dan kawan-kawan 😅 Restoren Syed, Khalifah dan juga Restoren Gembira. Port sarapan, port lepak makan roti canai, nasi kandar lepas penat menelaah. Berhampiran surau tu, ternampak ada sebuah kedai comel berwarna pink..Maka lepas solat, laju je kaki ummi melangkah ke kedai comel tu.. Siap ada VM pink depan tu.. Kereta owner agaknya.. Memang serba pink kedainya.
Beli kopi dan dessert je sebab dah makan nasi telur berlada di food court SS2.
Kalau geng ladies buat hi tea ni mesti sweet je kan. hahaha.. dengan tea set pun serba pink..
No comments:
Post a Comment