Bila article ni melintas di wall FB ummi, ummi senyum sendiri.. Sebab saat ummi tahu beliau nak further PhD pun, ummi dah zahirkan kekaguman ummi atas semangat dan kegigihan beliau
She will always be one of my super idol.. Ummi memang admire sokmo kegigihan beliau. Kami ni dok saing mengandung & bersalin sama 😅😅 Jarak umur anak-anak lebih kurang sama. Anak lebih ramai boys dari girls.. Selain bertukar pandangan tentang kaedah perancang keluarga yang sesuai 🤭😅 Pernah juga beliau beri kata-kata semangat pada ummi untuk sambung PhD, tapi ummi tak gigih macam beliau. huhu..
Sudahlah anak beliau extra 2 dari ummi, kegigihan beliau juga tak mampu ummi tandingi. Subhanallah, masyaAllah.. Memang kagum. Selalu juga ummi risik-risik tanya how did she manage & balance in between kids, works and study.. Dia kata takde yang extraordinary, dia macam ummi juga. Struggling handle anak-anak yang pelbagai warna dan rupa.. Tapi, dia selalu mention, semuanya pertolongan Allah..
She must have her own struggle, but alhamdulillah she manage to handle everything, dengan izin Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah serta sukses dan cemerlang dunia dan akhirat.
Sangat hebat.
ReplyDeleteMrs. A anak tiga orang pun dah kelam-kelibut huhuhuuu...
kan MA. kagum sungguh saya..
Delete