Monday, February 13, 2023

Working Sunday 😍

Entry di taip di kala tunggu flight pulang ke sarang 😅. Tapi baru sempat edit dan publish today.. 🙏

Ummi ada meeting di hari Ahad, membawa ummi ke negeri Serambi Mekah. Macam balik kampung, tapi tak singgah kampung.. Huhu..

Mesyuarat di pagi Ahad. Tengok timing flight macam boleh balik hari je ni. Maka, tawakal ambil flight awal pagi. Merasa naik pesawat MyAirlines yang baru tu..



Touch down KB, 8.20am. Ambil grab ke Pejabat SUK. Meeting jam 9.30. Habis meeting jam 11am. Habis meeting tak tahu nak ke mana, sebab ummi pergi seorang. Adalah partner se-jabatan tapi lain cawangan. Beliau pula memang balik kampung betul , ambil bas balik kampung jumaat malam 😅. Pagi meeting tu beliau drive dari 'rumah kampung'. Sebab berlainan jantina, dan ummi pun takdelah kenal sangat, baru beberapa kali berkomunikasi asbab urusan kerja, maka ummi decide habis meeting tu, ummi ambil grab balik ke airport terus. Sepertimana ummi naik grab dari airport ke Kompleks Darulnaim pagi tu. Kalau ada 2-3 orang, mungkin boleh juga menyinggah cari makan di kedai-kedai sohorr alik nu. 

Alhamdulillah mudah dan cepat je dapat grab. Maka, 11. 30 am ummi dah tercongok di airport Sultan Ismail Petra..Flight balik KL lambat lagi, reschedule pula.. Bagi menghilangkan kebosanan menunggu, killing time bak kata orang Newcastle, ummi cari port baca novel. hihi.. Memang dah standby siap-siap..

Baca novel Rehan Makhtar sambil menikmati secawan kopi.


Eh, bukan minum sahaja. Makan juga. Sebab pagi sebelum bertolak ke airport, ummi cuma makan separuh roti danish inti cendawan. That's it. Pukul 11, perut dah lapar. Makan lah dulu kan, di Kafe Leaven. 


Lama juga ummi duduk lepak di Kafe Leaven tu. Mocha dia not bad. Nice juga. Spaghetti agak kering. Tapi ok lah. Licin jugak makan. Lapar kan. Lebih dari separuh buku RM dah dibaca. Ummi berhenti baca untuk solat jamak zuhur dan asar. Sekitar pukul 3. 

 Usai solat, cari port lain pula untuk sambung pembacaan. Perut pun dah lapar balik.. hahaha..
Duduk O'Briens pula kali ni. Ordered smoked salmon with cream cheese sandwich dan secawan capucino. Kopi lagi 😆 Banyak pula portion sandwich tu. huhu .


Dah almost penghujung novel, tiba-tiba ada hamba Allah mohon tumpang duduk semeja. Peramah orangnya. Maka ummi letak tepi buku sekejap. Seronok juga berbual. MasyaAllah baik Puan tersebut. Sangat ramah tamah orangnya. Saat beliau uruskan check in luggage, ummi sambung baca novel sampai habis. Aduh RM ni, menyeksa jiwa ummi tau. Bila kita dah agak jalan ceritanya, tiba-tiba macam salah pulak. Tiba-tiba macam plot twist lagi pula.. Tapi bagusnya novel RM ni, beliau banyak selit knowledge. Contohnya naskhah Hati Yang Kau Pinjamkan  ni, ada diselit kan juga informasi tentang penyakit kanser hati. Sambil santai baca, sambil dapat pengetahuan am. Bagus betul.

Flight pulang ke KL (Air Asia) yang sepatutnya pada 5.35, re-schedule ke 6.15. Masa nak boarding, berebut bersesak aih. Sebab macam clash dengan penumpang flight MyAirline. Both tunggu dekat the same gate. Bertembung pula dengan penumpang ynag baru tiba. Lagilah sesak padat disitu. Mujur juga Puan yang peramah tadi sama flight dengan ummi. Takdelah ummi terpinga-pinga sendirian. Almost pukul 7pm baru flight kmai take off dan landed di KLIA pada 8pm. 

Abi dan anak-anak dah sedia menanti di Peronas berdekatan. Selesaikan solat sebelum ummi tiba. Sebelum tu sempat abi bawa anak-anak menikmati Las Coffee..



Rupanya ada tapau untuk ummi a cup of coffee juga. Which makes my third cups of coffee for the day.. 😂😂😂
Mujur lah ummi ni tak terkesan dengan caffeine effect, kalau mata mengantuk, tetap lelap juga. Tiada istilah minum kopi untuk tahan mata mengantuk 😅



Baru beberapa jam ummi tinggalkan mereka, sebaik ummi masuk kereta, bertubi-tubi soalan dan cerita mereka hamburkan. Berebut masing-masing nak bercakap serentak. Seolah seminggu tak berjumpa ummi 😆😆

Duhai anak, bila kalian besar kelak, ummi pasti merindui momen hiruk pikuk ini. Walaupun saat ini ternyata ummi kurang sabar meladeni kalian semua, jauh di sudut hati, ummi selalu berdoa dan mengharap Allah izinkan ummi jadi ibu yang tinggi sabar, lembut tutur kata.

Sorry that i had to sacrifice the day i should spend time with all of you. Sedih bila abang Fahe tanya kenapa ummi kena kerja hari Ahad, tak payah lah pergi. Huhu.. Maaf anak-anak, kalau diikut hati memang taknak pergi. But it's my duty, saya yang menjalankan amanah. Doakan ummi boleh pencen awal untuk sentiasa dan sama-sama 'hadir' dalam fasa pembesaran kalian. hihi .


4 comments:

  1. Aduhai....reshcedule flight tu g x suka..penat menanti kan..nasib ada anak2 tunggu..hilang penat diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kematu duduk menunggu lama 😅😅😅 itulah, tgk wajah ceria anak-anak sambut kita balik, hilang letih menunggu lama tu..

      Delete
  2. Dapat cuti ganti tak Ily?
    Dapat bayangkan suasana anak² bertanya itu ini tu haha ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mohon dan dptkan pengesahan ketua jabatan kalau x silap. kalau tak dpt cuti ganti, jenuhlah juga if asyik kena attend meeting hari ahad 😅😅 projek pula belah pantai timur belaka 😢

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015