Anniversarry ummi abi:
keluar dating berdua ❌
bawa anak-anak ke Ekspo Huffaz ✔️
Plan nak pergi ke EH hari Sabtu, 11.3.2023.. Tapi.... pukul 10 lebih Technician Cuckoo call inform nak datang repair pukul 2.30++. Sebab cuckoo tu memang dah lama problem, taknak lah postpone appointment.
Maka, Ahad je lah kita pergi ye anak-anak.
Aturcara program.
Majlis berlansung di Masjid Wilayah, Jalan Duta
Ada pameran Galeri Cendiakawan Islam, pelbagai booth pameran, Galeri Aura Islam.. Ada juga pertanding melukis, mewarna, tilawah cilik.. Tapi sebab kami datang lambat, tak merasa lah anak-anak nak join..
Ummi beli seketul rehal ni sebagai reward diri. hihi..
Yang paling dinantikan anak-anak.. Omar & Hana.. Tapi mek berdua tu takut pula nak dekat dengan O&H.. Nusayba kata itu bukan O&H yang betul. Dia nak O&H yang betul yang dekat rumah tu.. Dalam TV.. hahahaha.. Terlebih bijak awak ni.
Klinik Al-Fatihah, ambil kesempatan semak bacaan Al-Fatihah. Alhamdulillah abang Faheem & Faqeeh lancar tanpa sebarang pembetulan. Ummi abi adalah kena betulkan sikit 1-2 tempat. huhu.. Kena belajar dengan anak nampaknya..
Anak-anak, (dan ummi juga) dapat key chain dengan tulisan khat nama masing-masing.. Dapat ini pun dah cukup buat anak-anak gembira. Alhamdulillah.
Sekitar Masjid Wilayah. Faqeeh kata, ummi ni datang nak ambil gambar bangunan ke? Hahahaha.. Jiwa jurutera dan senibina tu berpisah tiada lah Faqeeh...
Ada beberapa sesi forum yang menarik, especially tentang keluarga sakinah..
Boleh tonton slot Forum di page Himpunan Huffaz..
Terima kasih ustazah yang share program ni dalam group Parents ✌️
No comments:
Post a Comment