Friday, March 3, 2023

Where's My Writing Mood 😢

Sebelum ni, selalunya ummi akan draft post semasa dalam LRT. Tetapi, semenjak operasi LRT terganggu akibat keretakan pada struktur pier salah satu tiang berhampiran stesen Bandaraya, perjalanan pulang menjadi sedikit lelah. 
>>Menaiki bas perantara dari Stesen Bandaraya ke Stesen Masjid Jamek

>>bersesak di platform Stesen Masjid Jamek dan menaiki tren yang padat sepertinya menaiki Komuter zaman dulu kala waktu berkhidmat di Mid Valley 

>> bersesak lagi keluar dari koc di Hang Tuah menyeberangi lautan manusia untuk ke platform seberang landasan bagi meneruskan perjalanan ke Pandan Indah



Sungguh, nafas terasa pendek. Maka, sebaik masuk ke dalam koc menuju ke Ampang, ummi cuba mengumpul semula tenaga & mencuri nafas. Tak sempat nak memerah idea untuk menaip, sedangkan banyak yang nak dicoretkan. buat kenangan di blog picisan ni. 

Katanya 7 bulan juga nak selesai pembaikan kerosakan tiang tu.. Lama tulah agaknya blog ummi ni me-lemau..hahaha..

Namun syukur juga, kerana perjalanan ke pejabat di waktu pagi lebih mudah dan tenang sebab..... abi offer untuk hantar sampai pejabat, walau pernah juga ummi kata, cukuplah hantar sampai LRT saja, ummi redah sajalah perjalanan yang berliku-liku tu.. Tapi, abi kata tak apa, boleh saja nak hantar.. Allahu, thank you abi, syukur alhamdulillah.. Merempitlah kami di pagi hari sambil mengimbau kenangan merempit dari Ampang ke pejabat di Mid Valley setiap hari di awal perkahwinan, sehingga ummi berbadan dua..Lepas tu abi hantar naik kereta saja demi kemaslahatan bayi yang dikandung. Sehingga akhirnya ummi berpindah pejabat di PJD, jadilah ummi pengguna LRT tegar sehingga kini. hihi..

Melalut dah perginya.. Banyak nak share ni.. Tapi tunggu mood dan masa.. Gambar (diambil dari aras 3 office ummi) tiada kaitan secara lansung, sekadar menggambarkan cuaca yang mendung dan hujan ketika ini.. Dan mungkin begitulah juga mood menaip ummi. hahaha..Suram dan kelam. 🤭


Moga semuanya kembali elok seperti sedia kala dalam masa yang singkat. Lama nak tunggu 7 bulan tu.. Mau abi fed-up tunggang unta hantar ummi hari-hari nanti.. hahaha..

1 comment:

  1. Allahu. Semoga dipermudahkan segala urusan sis sekeluarga. Aamiin

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015