Wednesday, April 26, 2023

5 Syawal - Back To Work: Throwback Masak Raya

Assalamualaikum everyone..
Masih bercuti ke tuuu.
Ummi dah masuk office hari ni..Sunyi sepi 😅😅
Ramai ambil cuti straight seminggu since anak² cuti sekolah sampai 1hb kan.. Ikutkan, ummi apply cuti 20 & 21hb je (khamis, jumaat). Suppose selasa dah masuk kerja lah kan. Tapi since PMX announce cuti hari jumaat, maka cuti yang hari jumaat tu ummi bawa lah cuti yang dah apply tu ke hari selasa.. Itu yang hari ni baru masuk office yang sunyi sepi, kalau kentut pun boleh dengar berdentum² ni ..huhu

Hari ni saja ummi nak throwback masak² raya..
Actually, ummi takde plan pun nak masak apa untuk raya. Entahlah kenapa mood tak berapa nak ada.. Persiapan raya tersangatlah ala kadar. Langsir pun tak bertukar ye tahun ni.. huhu...Mainly sebab tak jumpa cangkuk langsir tu simpan kat mana.. Mungkin itu juga penyebab mood kelaut dalam.

Semua persiapan nak masak untuk raya ni memang at the very last minute tau. Walaupun tahun ni bukan tuba-tiba raya, ummi pula yang tiba-tiba tak ready. Raya tahun lepas yang terkejut belaka tu, elok pula masa tu memang ummi tengah merndang dan tengah prepare nak masak ayam masak merah.. Kihkih.. Pelik2 ummi ni..

Hari Khamis 20hb ummi dah start cuti, masa ni lah baru fikir apa nak masak. Kebetulan masa puasa tu ummi ada beli paru, cadang nak masak kicap pedas. Tapi tak berkesempatan. Maka, paru itu ummi akan masak rendang campur daging. So, Khamis tu ummi rebus la dulu si paru. Pagi tu plan nak kedai Aceh cari barang masak, tapi cuaca pagi tu tersangatlah mendamaikan, hujan tak berapa nak lebat, sejuk dingin redup..Allahu nikmat sungguh.. Tak jadi lah ke kedai.

Sementara rebus paru, ummi buat dough cookies. Chocolate Chip Cookies resepi Che Nom dan Choc Sable dari Group FB Cooking at You Fingertips. Pagi buat dough, petang baru nak bakar.. Sekali, tragedi ye... Oven overheat. Rentung batch pertama Choc Chip Cookies. Tapi ummi gigihkan diri bakar dalam air fryer. Alhamdulillah menjadi.. Syukur atas nikmat Allah.. Kisah bakar membakar ni membawa ke malam sebab bakar dalam kuantiti sikit je per trip..Lama lah sikit.. Maka rendang have to wait.

Chocolate Chip Cookies

Chocolate Sable Cookies wih sea salt flakes.
Walaupun rupanya biasa2 je, tapi terpaling laris ni. Dah habis dah pun. Ummi kena buat second batch agaknya..


Keesokan harinya, dengan muka sedih, ummi bebel sendiri. Macam manalah nak buat burnt cheesecake ni since oven rosak. Bahan semua dah beli.. Anak pulak request cornflakes madu dan coklat..  Sudahnya, lepas solat Jumaat mengajak abi ke kedai bakery, dannn..... terbawa pulang seketul oven. huhu.. Oven yang rosak tu nanti tolak je lah ke kedai repair barang elektrik.. 

So, bolehlah tunaikan hajat anak2 nak kuih cornflakes.. 
Cornflakes madu resepi Che Nom.


Since anak2 request, ummi kerah mereka tolong sama.. Berebut nak tolong.. Good job anak2.

Cornflakes Coklat, resepi Che Nom juga.



Tengahari jumaat tu ummi dah siap masak rendang daging paru. Petang pula keluarkan ayam, nak buat rendang cili padi resepi Azie Kitchen. Pukul 2 pagi baru siap merendang sebab lewat keluarkan ayam, lambat lah ayam nak thawed.. 

Pagi raya pula ummi buat pulut kuning. Kisahnya, lupa pula nak beli nasi impit kan. Alhamdulillah ada beras pulut 1kg abi beli di Pasar Siti Khadijah Kelantan hari tu.. Dapatlah buat pulut. Lemang pula abi beli petang jumaat sebelum berbuka.


Chocolate Burnt Cheesecake ni bakar masa rendang ayam tengah atas dapur. Elok sama siap masak dengan rendang. Bila bawa ke Ampang, Kangah kata...haaa, ni baru betul Burnt Cheesecake, bukan rentung cheesecake,, kihkih.. Sebab last time buat burnt cheesecake untuk birthday mama, rentung atasnya asbab oven buat hal tu. Dan dalamnya tak berapa nak masak. Kali ni alhamdulillah elok kejadiannya..



1 comment:

  1. Oven baru mestilah tip top performance-nya :p

    Selamat Hari Raya buat Ily sekeluarga ⭐🌜

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015