Sambung cerita di 3 Syawal.. Biras² dah mula beransur balik ke kampung mereka. 3 di Terengganu, 1 di Pahang..
Kami? masih di Gombak. Bawa ma ziarah sahabat/saudara sekitar Gombak ni je..
3 buah rumah kami pergi. Tapi tak ambil gambar pun yang lain sebab lebih pada ziarah kawan ma yang kurang sihat. Balik dari ziarah raya, tengok ada kereta Poksu abi.
Moksu sentiasa meriah dengan pelbagai cerita. Seronok melayan.. Semoga poksu moksu sentiasa diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan olehNya..
Ada kisah dialog Fathiy dengan moksu.
***
Serious talk..
Neksu: Neksu nak pinjam kereta abi awak balik Kuantan boleh? Neksu takde kereta nak balik..
Fathiy: Tak boleh. Nanti macam mana kita nak balik?
Neksu: Neksu pun takde kereta nak balik ni..
Fathiy: Nenek datang tadi naik kereta apa?
Ummi: Neksu naik Grab..
Fathiy: Kalau nenek ambil kereta, kita balik macam mana?
Ummi: Naik Grab lah..
Fathiy diam... Berlalu pergi.. Tak lama dia datang balik..
Fathiy: Nenek, nenek ambil lah kereta abi tu.. Kat rumah kita ada kereta satu lagi.. Myvi.. Nanti abi beli lah kereta baru..
Amboiiiii.... Macam beli kereta mainan ye.. 🤣🤣
Ada empati & generous orangnya 😅
***
Lewat petang abi ajak keluar cari kopi.. Ajommmm.. Raya² cari kopi ye. hahaha.. Kami ke KL East Mall je. The nearest mall kan..
Dok pusing² fikir nak mengopi di mana.
End up, ke Coffee Bean...
Ada gambar dengan mek ni je sebab masa ni dia kena tinggal, abi bawa abang dan kakak pergi main kereta..
Ada kisah sadis masa ni. Dok makan kek & lasagna.. Pastu mek berdua tu dok perabih bagi licin pinggan kek. Tiba² prakkkk... Piring kek jatuh pecah berderai.. Ummi tak sempat kata apa.. Ada orang dah ambil task tukang bebel..
"Ima ni buat.. Tengok habis dah jatuh... Pecah dah..Ima ni... Dah la jatuh, pecah pulak tu... "
Terus meraung merajuk si kakak.
Ima tak sengaja...
Ummi pun, cuba lah nak tenangkan keadaan. Bila ummi pegang kakak, dia tarik tangan macam merajuk dengan ummi.
"Ummi tak marah kakak pun. Kenapa kakak merajuk dengan ummi pulak?"
"Ima tak sengaja.. Sayba tu marah ima.."
dannn.. laju je pulak si adik counter kakak ye..
"Mana ada aba marah la.. Aba cakaaap jeee.."
Tapi gak ya Allah.. cara dia bebel awal tu, dan cara dia cakap counter kakak tu dengan memek mukanya, geram betullah dibuatnya.. Tak rupa budak 3 tahun.. MasyaAllah..
4 Syawal, we're back at our humble home. Malam tadi lagi dah balik..
Raya rumah mak (pengasuh) jap..
Bergambar depan rumah sebelum pergi raya.. huhu..
Lepas raya rumah mak, abi ajak keluar, lepas Asar.. Tapi tak tau nak kemana.. Abi tanya ummi, lajulah ummi jawab nak ke Ikea. Hahahaha..
Sampai Ikea, makan dulu.. Beratur panjang oii.. Ramai betul beraya kat Ikea ye.. huhu..
Lepas makan, solat maghrib.. Then baru lah cuci mata dan poket. Plan ummi nak cari langsir dan drawer kecik je..Namun, kalau ke Ikea ni, liat sentiasa beranak pinak tanpa disedari. Tiba² penuh 1 troli. Mujur juga tak jadi sambar sofa.. Fuhhh... Tapi jangan risau, bukan semua barang troli tu milik persendirian. Ada barang entiti lain juga.. Barang ummi memang cuma langsir, dan aksesorinya, dan drawer kecil dan pisau dan jam loceng dan pokok kecil di kategori As-Is.. 🤭
Balik dengan senyum leret sampai telinga, dan letih kaki dan badan asbab tawaf Ikea. Itupun, taklah pusing beria, banyak shortcut je.. Tapi sedih juga sebab duit tiba² susut. huhu .
Fuhh penuh satu troli ye Ummi shopping 🤭
ReplyDelete