Wednesday, June 14, 2023

Attending Cousin's Wedding

11 Jun 2023, seorang lagi sepupu ummi belah mama selamat diijab kabul dan sah bergelar suami orang. Syukur alhamdulillah. Tahniah Syuk dan isteri, Mieza. 


*DOA UNTUK PENGANTIN BARU* 🤲🏻

Rasulullah ﷺ bersabda,
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ 

_"Semoga Allah ﷻ memberikan keberkahan padamu dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan."_
(HR. Abu Daud no.2130).

Semoga ikatan rumahtangga dilimpahi sakinah mawaddah dan rahmah, dikurniakan anak² yamg soleh solehah, kekal bahagia hingga ke jannah.



Majlis akad nikah berlansung di sebelah pagi Ahad. Cikma ummi, adik mama, dha berkampung di sana hari sabtu. Mereka sewa homestay. Family ayah long ikut serta dan beberapa sepupu yang lain. Others, mostly bergerak pagi Ahad. Ummi tak dapat nak join awal sebab Nusayba tak berapa sihat. Since jumaat malam dan sabtu dia dok cirit birit.. Masa tengah bersiap hari ahad tu pun, dia muntah selambak. Ummi dah almost macam taknak pergi dah. Tapi dah janji dengan mama..

Alhamdulillah selesai akad dengan sekali lafaz. 





Dalam pukul 11 baru bertolak. Standby bekas muntah, baju spare untuk anak dan ummi juga, in case dia termuntah dalam kereta..huhu..




Kenduri combine both sides. Jadi agak crowded sedikit. Menu ada 2 jenis. Biryani dan lauk kampung. Ummi pilih lauk kampung la kan. Tambah pula di Nogori ni, signature dishes dia masak lomak cili padi kan, mestilah sedappp. Tu haa.. dapat daging masak lemak cili padi, daging lembut berlemak², favourite sangat..Syukur alhamdulillah. Sambal pun ngam teruk. Sepinggan nasi dikongsi bertiga (ummi, Fathiy dan Fatima).. Tapi daging tu ummi punya sorang. hahaha..


Sementara tunggu ketibaan mempelai..
Ummi & ucu. 


Ummi & mama/maktok. Faheem dan ucu buat apa kat belakang tu?


Again, apa kerja Faheem dan ucu ni??


Us. Without Faheem dan Faqeeh. Faqeeh jadi cameraman, Faheem assistant. haha..


Budak tak sihat ni.. Alhamdulillah dia tak merag masa ni. Cuma cuaca sangat panas, dia pun dah mula dedar².


Manja ummi


 Ummi's junior 💕


Ummi, ucu, anneesa dan cik ira..

Alhamdulillah nak dia dekat maklang.. Selalu jual mahal. Ni siap lentok2 nak tidur kat maklang.. eeiiiihhh geramm. 



Akhirnya, ketibaan pengantin. Lambat sikit sebab sangkut dalam traffic jam katanya.
Sama cantik, sama segak, sama padan aih..





Dengan sepupu² mama .

One with mak pengantin, my cikma, adik mama yang 2nd last. 


Sayangnya kami tak dapat nak tunggu lama dan tak dapat join family photo beramai².. All Talibs crew altogether, sebab panas sangat dan risau mek Nusayba tu tak sihat..

Pengantin with The Talib's Crew, but without us 🥹 . Inipun tak cukup crew ni..




2 comments:

  1. Sama cantik sepadan, ibarat pinang dibelah dua.
    Tahniah buat kedua mempelai.

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat mempelai...
    Geram tengok budak tak sihat tu,macam anak Arab! Comel sungguh :)

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015