Allahu.. Memang drama sungguh. Tapi tak ditayangkan di mana² stesen tv ataupun streaming channel..hihihi..
Petang Khamis, kurang lebih jam 4.50 macam tu, hujan turun dengan sangat lebat di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Ummi nak pergi ambil wuduk, intai ke luar tingkap toilet, Allahu, lebat sungguh. Allahumma tsoyyiban naafi'aa.. Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat.
Hujan sangat lebat dengan guruh berdentum². Ummi solat dulu, tunggu hujan reda sedikit. Kalau redah hujan lebat dengan kemiringan 60⁰ ni, walau berpayung, pasti lencun juga kain dan baju.. Nak berebut masuk bas dan LRT pula nanti.. huhu.. Bila dah agak reda, almost pukul 6 dah..Geraklah balik.. Kemas² meja yang tak berapa nak kemas pun. Tetap penuh sesak atas meja tu.. Terus thumb out. Terkedek² berjalan termengah² menuju ke LRT Bandaraya. Sampai je, dah ada bas menunggu. Teruslah naik bas. Dah fikir nak mesej abi, nantilah tunggu sampai Masjid Jamek.. Setibanya di Masjid Jamek, tunggu LRT, teringat nak roger abi. Seluk² beg, cari handphone..... Tak jumpa. Seluk semua ruang yang ada, zip sana, zip sana.. Semua compartment lah.. Susah juga compartment banyak² ni.. πππ Takde..
Ummi fikir² kat mana ye letak handphone.. Rasanya atas meja takde.. Sudah.. Macam mana nak call abi ni.. Nak patah balik, Allah letihnya nak kena jalan balik..Dan ummi yakin handphone tu di tempat yang tersorok, so macam tak risau dia hilang atau diambil orang. Naik je lah LRT.. Fikir² lagi macam mana ni.. Zaman ni susah nak cari public phone.. hahaha..Nak turun stesen yang ada teksi ke ape ni? Tapi takut abi tunggu dekat tempat biasa.. Kalau naik teksi, nanti dah sampai rumah , takleh jugak nak call abi, kang tercongok kawan tu tunggu..
Turun je lah kat stesen biasa. Ummi jenguk² keliling cari abi, takde. Pukul berapa pun tak tau sebab takde jam. Adehhh. Nak naik grab, hp takde.. Nak naik teksi kena naik LRT balik pergi stesen lain, atau kena jalan keluar dulu dari stesen LRT, pergi jalan besar. Baik jalan kaki terus balik rumah. Tapi jauh lah jugak..Sayang lemak.. Haiiihhh... π€£π€£
Hurmmm. Fikir punya fikir, ummi beranikan diri tanya makcik yang buka meja meniaga makanan dekat LRT tu.. Nak pinjam handphone sekejap untuk call abi.. Ummi bagitahu lah handphone ummi tertinggal di office, nanti ummi bayar balik.. Makcik tu letak la hp atas meja suruh ummi tekan nombor..Pastu tengok ada sim1, sim2.. Dia tekan sim2.. Tapi takde ringing.. Makcik tu kata entah kenapalah ni.. Cuba tanya adik sana tu. Dalam hati ummi, agaknya makcik ni takut aku ni scammer kot. Nanti tiba² bawak lari hp ke, tak pun hack hp die ke.. hahaha.. Yelah kan, dah awak tiba² datang nak pinjam hp orang kan. Tak salahkan dia pun kalau dia fikir macam tu.. Kalau kena kat diri sendiri pun mesti teragak² juga kan..
Lantas ummi beralih ke adik yang open table jual cream puff & kek batik. Adik tu memang tengah dok belek hp. Dialog yang sama ummi lontarkan. Dah siap keluar purse ni nak bayar kat adik tu kalau dia bagi pinjam. Adik tu dengan tenang, takpe² akak pinjamlah, sambil hulur iphone nya.. Lajulah ummi dail nombor abi. Tercengang agaknya abi, nombor unknown, tapi suara bini dia.. haha.. Dah cerita kata hp tertinggal, pinjam hp adik kek batik bla bla bla.. Done. Tunggulah abi datang jemput..
Ummi pulangkan hp adik tu, dan hulur duit nak bayar sebab kita dah pakai line/data dia kan. Adik tu menolak. Dah dia tolak, ummi kata, ummi beli kek batik lah kalau taknak duit. "Haaa.. nak beli takpe kak..".. Anak siapa lah ni.. Terima kasih pinjamkan hp sekejap. Small gesture, but big impact to me... Semoga Allah permudahkan segala urusan adik, dilapangkan dan dimurahkan rezeki. Moga jadi soleh, insan yang berguna dan bermanfaat buat ummah.
Bila abi sampai bersama anak⁴, riuh dalam kereta.. Fatima tanya, tadi ummi pergi mana? Ima tunggu ummi balik kerja, ummi takde.. Rupanya abi & Fatima dah datang dah tunggu ummi. Abi kata lama juga.. Call tak jawab. Abi nak gerak balik, Fatima kata nampak ummi, abi pusinglah balik.. Cari² takde pun ummi. Maka abi patahlah balik rumah, ambil Nusayba di rumah pengasuh.. huhuhu..Ampun abi & anak⁶.. ππ
Sudahlah dah lewat call tak berjawab pula kan.. Abi kata, ingatkan kot tertidur ke office ke.. π¬π¬
Jumaat.. Masuk office terus cari phone. Ada die dok bertenang² dalam laci seperti yang ummi jangka.. haha.. Sebab dok ingat ummi letak dalam laci tengah sebelum pergi solat. Tapi balik tak buka lansung laci tengah tu. Aduii.. Padan muka. Tengok phone, ada 12 missed call dari abi.. Ya ampunnnnnn..
Dan balik kerja pula, bila lalu depan table adik kek batik tu, dia sengih je kat ummi. Ummi tengah pegang phone, sambil tunjuk phone kat dia, ummi cakaplah, hari tak tinggal phone dah.. hahaha.. Gelak jelah adik tu.. kahkah..
Baru tinggal phone sat, hang dah gelisah tak keruan ummi oi.. Hang dok tinggal Quran lama takda rasa apa pulak.. Teruk sungguh hang laaaa.. Tepuk dahi sendiri satu kali baru ada akai.. Astaghfirullahalazim...
No comments:
Post a Comment