Ummi bawa maktok dan ucu ke Klinik Gigi KK. Maktok nak cabut gigi sebab gigi geraham yang satu tu dah goyang dan pecah². Ucu pula, gigi bongsunya tumbuh mengiring.. Suka tidur gigi ni.. hahahaha..
Sementara menanti giliran yang agak lama.. Ada seorang ibu bersama anaknya yang berpakaian sukan sekolah duduk di depan ummi. Si ibu ulang² marahkan anaknya. Dari bebelan si ibu, tahulah ummi bahawa gigi si anak rosak dan perlu dicabut. Tapi si anak tak mahu buka mulut bila sampai gilirannya kerana takut sakit.
Si ibu berulang kali merintih, mama nak pergi kerja ni, dah tunggu lama, taknak buka mulut pula. Dah la terpaksa ambil cuti, hari tu pun dah cuti. Masuk nanti ni, bukak mulut tu, jangan tak bukak. Bukan ada apa pun. Sakit sikit je. Takkan nak biar gigi tu rosak. Siapa suruh tak jaga gigi. Dah pernah jadi sebelum ni, suruh gosok gigi elok², tak gosok. Dah rosak takut nak cabut. Jangan menyusahkan mama tau. Kalau taknak cabut ni, mama memang marah sangat kat kamu. Apa yang kamu takutkan? Buka je lah mulut tu. Takde apa lah.. Penatlah mama macam ni. Dahlah kamu tak pergi sekolah hari ni, mama terpaksa ambil cuti. Dah tunggu lama, kamu buat perangai pulak..
Antara dialog yang ummi dengar ibunya ucap berulang² kali. Si anak duduk diam membatu dan membisu dengan muka yang menunduk malu. Raut wajahnya manis.
Ummi bukan curi² dengar, tapi sebab mereka duduk betul² depan ummi, dengan jarak lebih sikit dari sedepa, maka jelas sangat apa yang dimarahkan tu.. Dan ummi pun tak sanggup nak pandang ke arah dua beranak tu. Mata ummi ni dah berkaca².. Tiba² datang sebak dan sedih..
Ummi tak judge si ibu dan juga si anak. Cuma apa yang ummi dengar dan cara luahan si ibu, betul² menyentuh hati ummi. Kita tak tahu kehidupan mereka macam mana.. Tapi dari rintihan dan bebelan si ibu, barangkali si ibu sudah letih benar. Faktor pekerjaan mungkin menyumbang juga sebab beliau acapkali ulang tentang kerja dan cuti 😢. Nadanya seperti kolam emosi beliau sudah hampir kering.
Pada si anak, ummi kasihan juga. Ketakutan beliau ada asasnya. Beliau masih kecil, melihat pada saiz tubuh, ummi agak sekitar usia Fathan Fathiy. Mungkin Darjah 1 atau 2. Anak itu diam saja sepanjang ibunya marah. Tiada sepatah perkataan keluar dari mulutnya. Tiada keluhan, tiada dengusan, tiada juga tangisan. Dia tidak melawan, tidak membentak. Cuma wajah yang sedikit keruh. Menimbang² antara sakit di cabut gigi atau seharian mendengar bebelan mama barangkali. Ummi kira dia anak yang baik.
Sungguh la kolam mata ummi berkaca. Seolah cuba menyelami perasaan si ibu yang mungkin sudah terlalu penat. Mungkin semua urusan anak dan rumha diletakkan di pundaknya. Sekadar meneka. Ummi tak tegar untuk mencemuh atau mengecam tindakan beliau. Sebab ummi tak tahu apa yang beliau lalui seharian. Dan ummi juga adakalanya ada masa tangki emosi ummi di paras yang paling rendah, dan mula dikuasai nafsu dan amarah. Ummi cuma ada simpati dan empati buat keduanya.
Terdetik di hati untuk cuba pujuk si anak. Otak ummi ligat memikirkan bagaimana permulaan untuk ummi mencelah. Perlukah ummi jadikan kisah anak ummi sendiri yang patah gigi hingga perlu buat rawatan akar sebagai umpan kepada si anak. Tapi takut pula si ibu melempiaskan marah pada ummi pula, atau makin terus amarahnya pada si anak. Diam² ummi berdoa semoga dipermudahkan urusan 2 beranak itu, untuk hari ini serta hari² mendatang. Moga anak kecil itu menjadi anak yang soleh lagi musleh, kebanggaan ibu ayah dan juga ummah. Moga dimurahkan dan dilapangkan rezeki buat si ibu, dikurniakan ketenangan ketabahan hati serta kesabaran yang tinggi, moga menjadi ibu mithali.
Untuk terakhir kalinya, ummi lihat mereka berdua keluar dari bilik rawatan, sekadar sebentar cuma masuknya. Ummi duga si anak tak beri kerjasama. Lantas terlihat si ibu berjalan sambil menarik² baju anaknya. Semoga yang baik² saja buat kamu berdua. Yang ummi ada hanya secebis doa. Terima kasih untuk ibrah, yang mungkin boleh ummi terap dalam diri ummi, tiapkali amarah menguasai diri. Kenangkan wajah mulus si anak, moga syaitan mampu ditundukkan. Allahumma ameen.
Mudah dipermudahkan urusan mereka anak beranak 🤲
ReplyDelete#Mudah-mudahan...
ReplyDeleteBaca je pun dah sebak... macam manalah nasib si adik tu... kalau sakit gigi ni lain sakitnya dah la tu kena marah mama pulak tu.. hmm
ReplyDelete