Friday, June 30, 2023

Salam Aidiladha 144H

 Salam Aidiladha..

Pengalaman solat sunat aidiladha yang pertama buat Fatima dan Nusayba. Ummi juga setelah beberapa tahun tak berkesempatan turut serta asbab bergelut menyiapkan anak² dan juadah di pagi raya, alhamdulillah pagi ni, Allah izinkan. First time juga solat sunat raya di surau kejiranan sendiri 😅😅 Selalu raya di 'kampung' Gombak je 🤭🤭🤭. 

Depan rumah kami di jadi port sembelih lembu korban. Excited anak² tengok lembu dah sampai. Jenguk luar tingkap je dah nampak lembu. hihi..


Bila dah ada geng saf belakang.. hihi.. 



Tahun ni ambil bahagian korban di kawasan rumah saja. Kebiasaan tahun² sebelum ni kami ambil bahagian di Gombak. Maka tahun ni ber-aidiladha di rumah sendiri lah. Bila tak balik 'kampung', juadah pagi raya semua kena prepare sendiri lah kan.. 

Juadah di pagi raya korban, rendang paru, nasi impit, sayur lodeh, sambal tumis sotong kering.. Ada juga rendang ayam kiriman jiran. Syukur nikmat Allah.



Syukur rendang paru dah siap masak 2 minggu sebelum raya, dan disejuk beku. Balik kerja petang rabu, terus rebus nasi impit. Malam masak sambal tumis sotong kering dan siapkan bahan untuk kuah lodeh. Plan nak bangun pukul 4. Terlajak 😅. Subuh baru bangun, terus punch in sektor oil & gas 🤭. Syukur ada assisstant, bibix, yang mudahkan kerja ummi. Campak² tinggal, kejut anak², panaskan rendang & sambal. Know² dah siap masak. hihi..Bibix juga yang tolong masak sambal tumis sotong kering effortless. 


Lepas alas perut ala kadar, bergegas ke tempat penyembelihan lembu. Walaupun depan rumah port sembelih surau terhampir, tapi abi ambil bahagian di tempat lain. Tak jauh mana pun, dalam 10 minit je dari rumah. Di sini, jumlah korban adalah 43 ekor lembu. Subhanallahi masyaAllah.. 


Kami jenguk sebentar, orang ramai dan cuaca agak panas. Abi hantar kami ke 'kampung' ampang. Kami angkut sekali juadah raya serta jagung susu yang ummi beli di Cameron Highland. Ucu pula masak mee tomato. Sedapnyaaa...


Abi pula, setelah makan semangkuk mee, abi kembali ke tempat korban. Dah selesai lapah dan agih bahagian, baru datang jemput kami semua dan nak balik ke Gombak pula.

Sebelum ke Gombak, kami singgah dulu rumah rakan tadika Pasti Fathiy di kuarters polis Pandan Indah untuk ziarah dan agihan daging korban. Ayah sahabat Fathiy sudah terlantar sakit almost setahun 6 bulan. Berborak dengan ibunya, beliau dapat tahu anak² bersekolah di tahfiz, beliau maklum hasrat suaminya memang nak hantar anak bersekolah tahfiz. Allahu. Sebelum kami beransur pulang, sempat beliau pesan agar mendoakan kesihatan suaminya. InsyaAllah puan, kami doakan agar suami puan diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik dan berpanjangan selepasnya. Semoga Allah permudahkan semua urusan puan sekeluarga dan moga Allah perkenankan hasrat puan & suami untuk hantar anak bersekolah tahfiz. Allahumma ameen. Mohon semua yang membaca post ummi ni, bantu titipkan doa yang baik² buat keluarga sahabat anakanda Fathiy ni ye. Mudahan ada diantara kalian yang makbul dan diangkat doanya oleh Allah SWT, alhamdulillah..

Next, singgah sebentar juga di Balai Bomba PI untuk agih daging. 


Lepas maghrib baru sampai Gombak.
Isyak, anak yang seorang ni dapat 'souvenir' pula..Tersagat dahi di jalan tar. Anak yang sama, malam sebelumnya tergigit lidah sendiri waktu mengunyah makan. Banyak juga darah yang keluar. Allahuakbar anakku.. 


Sekian kisah 10 Zulhijjah kami.

Taqabbalallahu minna waminkum

Semoga semua amalan & ibadah korban kita diterima oleh Allah SWT.

4 comments:

  1. Adeh, moga lekas surut benjolnya

    ReplyDelete
  2. alahaii siann dia dah benjol kepalaa . budak bijakk niii .

    ReplyDelete
  3. Salam Aidil Adha utk Ily sekeluarga.
    Akk pun utk ry haji prefer ry di KL je. Suasana korban lebih meriah berbanding di kampung.

    ReplyDelete
  4. Salam Aidil Adha buat Ily serta keluarga.
    Meriah juadah raya tu
    Seronoknya tempat korban depan rumah jer...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015