Saturday, September 2, 2023

Ya Allah, Baru Kulihat Terangnya Dunia..

Beberapa bulan kebelakangan ni, ummi memnag dok rasa tak selesa dah mata ni. Kalau mesyuarat, puas dok tenung screen projektor, susah betul nak nampak. haha.. Terpaksa snap gambar, zoom dekat handphone.. 🤭🤭

Lepas tu, bila dok baca signage yang tak berapa nak jauh pun dah tak nampak jelas. Lagi teruk bila mata ni selalu rasa cepat letih dan selalu juga sakit kepala. 

Maka, hari Jumaat lepas Merdeka, ummi abi cuti (tapi abang³ sekolah), ummi ajak abi singgah optometrist sekejap. Tak tau nak pergi kedai mana sebenarnya  Tapi pusing² area sekolah abang³, nampak Syam Optical ni.. Nampak ada tulisan basmalah depan kedai, insyaAllah owner Muslim ni.. Jom terjah.



We waited about 1 hour plus. Mainly sebab dia tengah layan customer lain yang datang earlier. Ada sedia air mineral dan kudap²an sementara tunggu giliran. Kami baru je lepas makan. Tapi anak³ (Fathiy, Fatima dan Nusayba) gembira la bila nampak gula². 

Sementara tunggu turn, ummi saja lah try dulu spek² yang ada.. Ni antara yang confident nak snap gambar. haha.. Kalau yang kembang sangat tudung tu memang ummi dah tolak tepi siap².. 🤭

Sampai turn ummi, cek mata pakai mesin yang ada gambar hot air ballon dalam dia tu 😅😅😅 Dia kata almost 200 power, both left and right eyes. Lama dah ni simpan 🙈🤭😅

Lepas tu masuk dalam bilik, cek yang baca huruf dari besar ke kecil tu. Teruk betul rasa mata ni. Tapi teliti betul adik tu periksa. Dia repeat beberapa kali nak make sure mana yang betul² selesa. Check silau sekali. Alhamdulillah silau ok. Bila dah dapat lense yang betul, check reading pulak. Ok tak baca dekat kalau pakai cermin. Bila dekat, dia jadi kembang sikit la tulisan. Power mata ummi 150 🥴. Untuk dekat ok lagi. Tapi nak bagi balance supaya tak perlu sentiasa buka cermin mata bila nk baca dekat, dia suggest reduce sikit power jadi 125. Sebab first time nak pakai spek 😅 Dan mata pun dah lama stress kerja kuat, terkejut pula nanti kan. huhu..

Confirmlah terus buat spek demi kemaslahatan diri. Owner kata boleh siap petang atau keesokan hari, nanti dia akan call.. Ummi expect hari Sabtu je lah..Pagi Sabtu dapat whatsapp, spek dah ready untuk collect. Lepas zohor terus pergi collect.. Agak² yang mana satu pilihan hati ummi?? 🤔
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaa..

Dah rupa cikgu rokiah nohhhhhh 😂🤓🥸





Lepas collect spek, pegi pusing kedai cari sandal. Masuk Ampang Point. Anak⁴ yang kecil berderet tu pulak ligat berlari sana-sini. Ummi ni dah lah baru nak serasi dengan mata. Dok nampak lantai tinggi rendah lagi. Lepas tu dok melilau cari depa ni berlarian, pening pulak rasa. Aduhaii. Pas baton dekat abang Faqeeh la suruh take charge jaga adik⁴. Sebelum ummi jatuh terlentang dalam kedai dek pening terpusing² cari anak⁴. haha.. 




Sungguhlaa... baru nampak terang dunia 🤭🤭 Hang dok peram kabur kembang lama² buat apa ummi oiii 😆🥴

Siapa² area Ampang nak check mata, buat spek, boleh lah cuba singgah di Syam Optical ni. Servis baik sangat, pilihan spek pun banyak dengan harga mampu milik. Spek ummi ni, ambil pakejbyang RM 79 untuk frame & lense tambah untuk screen & gadget protection, RM50. Total RM 129. Murah kan?? 


1 comment:

  1. Welcome to the club 😄
    Akk pun dulu bertangguh2 lama juga baru buat spek ni. Tapi akk hanya pakai utk membaca or scroll phone je...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015