Tuesday, May 21, 2024

Mother's and Teacher's Day

Baru nak datang mood update blog, tengah draf post tentang outstation.. Eh.. kena outstation lagi 🤪..

Post benda lain dulu la..

Kerja sekolah Fatima dan Nusayba. Kena buat kad ucapan hari ibu, dengan bantuan ibu.. Cerita dia, kalau ibu yang bantu untuk kad hari ibu, pasti yang murni dan suci aja kan.. 🤭 Kalau boleh nak masuk puisi, syair seloka puji dan puja untuk ummi 🤣🤣🤣




Ummi ratu hatiku tau.. Kalau anak buat sendiri, mau diletaknya..
Ummiku naga Tasik Chini 😂



Lepas tu, Hari Guru pula.. Minggu tu ummi kalut outstation. Jadi tak ingat apa pun la pasal sambutan hari guru.. Dah lepas, baru anak² dok merengek nak beli hadiah untuk cikgu..
Ok lah.. It's never too late for a celebration & appreciation kan..

Untuk cikgu² Pasti dari Mek Fatima & Nusayba

Untuk guru kelas Fathiy dan Fathan

Untuk ustaz & ustazah yang mengajar Faqeeh



Hadiah Faqeeh, dia pilih sendiri. Ummi tambah bekas dan hiasan je. Adik², ummi yang pilihkan..

Sebenarnya, nak menyiapkan hadiah ni pun, time ummi kalut nak kemas beg dan prepare baju anak² sebab ummi kena outstation lagi keesokan harinya.. Tapi tak sampai hati nak hampakan anak² yang excited nak bagi hadiah kat cikgu..

Menaip ni, dalam ERL, dalam perjalanan pulang ke sarang, selepas selesai tugasan di negeri orang..


3 comments:

  1. Cantik²nya hadiah & kad² tu...

    ReplyDelete
  2. terima kasih 🥰. haza min fadli rabbi.. hasil carian google, anak2 pilih design yg berkenan, kita tolong realisasikan & mix sikit2 je idea kita yg x seberapa kreatif..

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015