Tuesday, June 18, 2024

Ibadah Korban 1445H

Alhamdulillah, hari ni, 11 Zulhijjah 1445H, selesai sudah ibadah korban kami. 



Anak² berani betul. Tak takut lansung tengok lembu kena sembelih. Ummi waktu kecil dulu, seriau tengok darah memancut 😅.



Tengok dierang ni buat kerja, memang ihsan betul dengan lembu. Tak berkasar pun. Siap belai² dan urut² lembu tu. MasyaAllah..
Kerja mereka pun cepat. Ada 6 ekor lembu mereka sembelih hari ni. Kami lembu yang ke-4. Kami datang pukul 10, mereka baru lepas sembelih lembu no.2. Ada sekumpulan yang sedang melapah & membahagikan bahagian² lembu kepada 7. Masa tu mereka sedang lapah lembu No.1. 

Selesai lembu No.2 di gantung dan dilapah kulit, baru mereka sembelih lembu No. 3. Mereka selesaikan seekor demi seekor supaya daging lembu tak bercampur aduk. Pukul 11.30, mereka sembelih lembu No.4, dalam pukul 1, dah siap 7 bahagian lembu diagihkan dalam plastik. 








Bagi yang melaksanakan ibadah korban, apabila masuk 1 Zulhijjah, dia dilarang untuk memotong kuku, rambut atau mencukur bulu. Larangan ini bersifat makruh, bukan haram. (Rujukan: Irsyad Fatwa Mufti WP)


Bilakah orang yang melaksanakan korban boleh memotong kuku etc? --> 
"setelah selesai sembelihan korbannya." 
Memandangkan kami baru selesai korban hari ni, 12 Zulhijjah, maka hari ni lah baru boleh potong kuku. Biarpun dah tak selesa dan rimas tengok kuku panjang, bertahanlah seketika. 

Tentang pembahagian daging korban pula, kalau dulu masa laksana korban sendiri² memang semua kita dapat kan, bahagilah sendiri 7 bahagian tu, lepas tu, sendiri jugaklah bahagikan kepada bahagian kecil untuk diagihkan. Tak perlu nak gaduh kepala, tapak kaki siapa yang dapat. Kadang tu, memang offer kat orang sebab either tak pandai nak buat bahagian tu, atau malas/tak larat 🤭.

Yang kami ambil ni, kepala, kaki, usus/perut bagi je pada tukang2 lapah. Kami tak daya lah nak cara ke bahagian2 tu, walaupun macam sedapnye kalau dapat sup/colek perut.. Tapi, nak makan je, taknak mengisahkan ia dengan nak cuci, rendam kapur bagai. hihi .

Kalau di masjid/surau pula, ada masjid yang bagi 1/3 atau 2/3 drpd bahagian korban kepada peserta, bakinya pihak masjid/surau dah asing siap² untuk diagihkan kepada kariah atau mereka akan masak sup atau gulai kawah untuk dinikmati para kariah. 

Ada juga yang memang dinyatakan dalam iklan, kesemua bahagian korban akan diedar/agihkan oleh pihak penganjur. Yang ni selalunya bila anjuran sekolah tahfiz, pondok².. Lebih mudah sebenarnya sebab kita dah tak perlu nak fikir, nak cari asnaf/fakir miskin. Pelajar² tahfiz pun termasuk dalam kategori asnaf iaitu asnaf fisabilillah.


Semoga cakna. Sebab ada yang argue, kenapa bila join korban dekat masjid, petugas terus ambil sikit bahagian lembu bawak pergi tempat lain tanpa bincang dengan peserta. Bersyukurlah pihak masjid dah tolong kita untuk agihan bagi fakir dan asnaf tu.. Dan fahami dan selamilah pengertian korban yang sebenar. Kita join korban, bukan untuk kita bolot semua 1/7 daripada lembu tu untuk diri kita. Dalam korban kita tu, ada bahagian untuk orang lain. Semoga ibadah korban dapat menyisihkan sifat 'memiliki' dalam diri kita, menghapus sifat2 mazmumah yang bermaharajalela dan merosakkan jiwa. 

Taqabballahu minna waminkum.



1 comment:

  1. تقبل يا كريم 🤲
    Alhamdulillah syukur dapat sama² kita tunaikan ibadah qurban tahun ni. Mudah-mudahan ada lagi rezeki utk tahun² akan datang...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015