Salam Jumaat yang barakah.. Jumaat pertama di bulan Sya'ban, tanda Ramadan dah semakin menghampiri.. Allahu Allah..
Ummi masih bercuti hari ni 🤭. Asalnya berkira² juga nak cuti. Kononnya nak simpan untuk emergency.. Tapi, on second thought, ummi memang tetap kena habiskan cuti yang berbaki ni. Sehari je pun.. So rasanya hari ni lah paling ngam sekali nak ambil cuti since boleh dapat direct cuti 5 hari.. Takde nak pergi bercuti mana² pun. Sekadar nak selesaikan hal² yang penting, supaya Februari nanti semuanya berjalan lancar, insyaAllah..
Alhamdulillah semalam dah start spring cleaning rumah sikit.. Terpaksa kerah anak² especially anak teruna besar panjang 2 orang tu.. Tukar langsir, bersihkan tingkap, sapu sawang².. Macam dah nak raya kan? hihi.. Selalunya tukar langsir semua tu kami buat masa nak menjelang puasa. Seminggu sebelum puasa macam tu. So, kali ni buat awal sikit sebab nanti abang² dah masuk/balik asrama. Tak cukup tenaga pula nak dikerah. Ummi dah gayat nak panjat² ni.. haha..
Ada satu part penting lagi.. Nak beli rak buku. Last time pergi Ikea tak boleh nak beli sebab bawa askar ramai. Dan ada beli benda lain sekali. Maka tak muat kereta. 2nd time pergi masa cuti krismas, habis stock pula. Cakap dekat abi, kena beli minggu ni juga.. Nak punggah/susun buku² nanti ambil masa juga.. Bila anak⁶ dah masuk sekolah semua, buku makin banyak. Buku teks semua beli sendiri, jadi sementara nak tunggu turn adik pakai tu, ambil ruang jugalah kan. Campur dengan komik dan buku cerita mereka lagi. Dan juga buku ummi 😅😅🫣.
Moga cuti panjang ni, terlaksanalah semua perancangan ummi, dengan izin Allah jua pastinya. Part membeli, alhamdulillah 90% selesai. Nak mengemas tu je bercinta.. Semoga journey pertama yang ummi kisahkan di entry yang ni berjalan dengan baik dan dipermudahkan Allah hendaknya.. Journey kedua memang kita letak tepi dulu.. Sebab memang ummi surrender dah buat masa ni. Di tambah dengan beban kerja yang semakin bertambah, dan timeline yang buat serabut perut, so tak boleh letak harapan tinggi kat sini..
As for journey ke-3, alhamdulillah dah selesai lebih awal dari jangkaan. Syukur alhamdulillah sempat dan selamat khatam Quran sebelum menjelang Ramadan. Sedih dengan diri sendiri sebenarnya sebab untuk khatam kali ni, ummi dah start daripada Syawal tahun lepas, setelah Allah izinkan untuk khatam dalam bulan Ramadan. Azam kononnya nak khatam setiap 3 atau 4 bulan sekali. Target setahun khatam 3 atau 4 kali. Sayangnya, tuntutan dunia banyak buat ummi terleka, lalai, lupa.. 🥹🥺 Semoga tahun² mendatang ni, ummi akan menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Ampuni diriku yang kerdil dan hina ini ya Allah...
No comments:
Post a Comment