Hari ni ada jemputan makan tengahari di Desa Makmur, Batu 10, Gombak...
Kami keluar pukul 12.. Dari MRR2 nak menghala ke Gombak dah start jem weh.. Cuti sekolah plus CNY ni, memanglah kann.. Abang ipar update, dari Taman Harmonis nak ke Batu 10, ETA 1 jam.. Dari Gombak pun sejam uiii.. Inikan pula dari Pandan.. Dah sampai Terminal Bersepadu Gombak, abi tanya, nak proceed tak?? Ummi dah start sakit kepala dah.. Tengok kereta hala ke Pantai Timur bersusun.. Azan zohor, abi kata jom solat dulu kat Masjid Simpang 3.. Tengok banyak kereta tak situ...
Nak pergi masjid pun dah sumbakkk.. Confirm jalan gombak lama pun jem. Maka kami U-turn.. Cari masjid nak solat zohor.. Lepas tu, cari kedai makan terus.. Tak jadi pergi jemputan makan tengahari.. Nampak Warong Dollah Pindah, mohlah singgah isi perut berkeroncong..
Abi tanya dekat waiter, "Mana Dollah?" Faqeeh yang jawab, "Dollah pindah lah abi...".. "Dollah pindah mana?".. "Dollah pindah sentul.." 🤣🤣🤣suka main² ye..
Dari Sentul, masuk pusat bandar.. Nak cari t-shirt Faqeeh untuk masuk asrama.. Tak tahu nak tuju mana, abi bawa ke Sogo.. Ramai juga umatnye uii.. Bukan setakat t-shirt bekalan asrama, beli sekali la baju kasual untuk raya budak⁶ ni.. Alhamdulillh selesai part Faqeeh nak masuk asrama dan juga baju raya.. Patah pinggang ummi uii.. Masa beratur nak bayar, boleh tahan panjang juga queue.. Ada staff Sogo ni approach ummi, suruh ummi naik bayar kat tingkat 5. Siap tunjuk gambar cashier kat tingkat 5 kosong. Syukur alhamdulillah.. Lega sikit tak perlu beratur panjang.
Masa nak cari baju bang long dekat level Mens pula, ummi cakap dekat abi, ummi nak duduk jap. Abi jelah teman abang long memilih. Adik⁵ yang lain follow ummi. Cari tempat tersorok sikit, ummi duduk bersila atas lantai. hahaha.. Tak larat sangat dah wakkkk..
Dari Sogo ke Bandar Sri Permaisuri pula kitaaa.. Abi nak menyelam bundle 😄. Ummi duduk jelah kat kerusi.. Barai habis dah rasa.. Nak jalan pun kena berpimpin.. Tak larat 🥲.. p
Lepas maghrib di Masjid An-Najihin, anak2 ajak makan Marrybrown pulokkk..
No comments:
Post a Comment