Minggu cuti sekolah hujung tahun 2024 baru ni, ummi tak dapat nak cuti macam tahun² sebelumnya.. Beberapa tahun kebelakangan, hujung tahun biasanya kami bawa anak² holiday, walaupun kadang² tu adhoc je, tanpa perancangan awal. Selalunya, we aim for homestay/chalet yang ada pool. Sebab anak² memang akan excited kalau dapat berendam kan. hihi..
But for last year, sorry kids... No year end holiday. π₯. Baki cuti ummi tahun 2024 tinggal 2 hari je dan 2 hari tu ummi terpaksa carry forward atas urusan yang lebih penting di awal tahun 2025 ni. GCR pun tak dapat nak simpan.. huhu..
Makanya, kita cuba make use of weekend sebaiknya.. Abi ajak hike KL East Park .Yang ni pun, unplanned & adhoc π€. Tapi sebab dekat je dengan rumah Tokma dan tak memerlukan belanja kan.. Cuma kena book dulu melalui apps.. So, let's go..
Bawa anak 8 orang π€..
Boys ni laju betul tau.. Tiba² dah hilang dari pandangan. Abi follow rapat the boys sambil bawa Nusayba. Ummi dengan Fatima, leha² je.. At our very own pace.. Memang santai² je. Lagipun, ummi tak bawa kasut. Pakai sandal ala crocs tu je.. Dan agak slippery. Maka, slow and steady jelah kan..
Ada 11 checkpoint semuanya.. Tapi... Ummi dan Fatima sampai CP4 je π€π«£
Sebab Fatima dah berzikir penat. Ummi pun sebenarnya tak berani nak push diri sendiri. Kena sedar limit kita lah kan. Maka, rehat²lah dekat CP4 tu tunggu the boys & mek Nusayba turun balik. Depa akn lalu CP4 juga on the way turun.
Kat CP4 tu ada shelter & ada security. Security tu kata dari CP4 ke look out point dalam 10-15 minutes je..
Bhaiya security tu tanya..
"Kakak taknak naik sampai atas ka?"
"Tunggu sini jelah. Anak dah penat."
"Oh... tunggu orang ka?"
"Ya, tunggu suami dengan anak²"
"Oh.. itu abang dengan budak lelaki 6 orang.. satu budak pakai topi sama tu"
(referring to fatima's froggy hat made by Maktok)..
"Haaa.. yaaa.."
"Itu semua anak ke?"
"Hurmm.. campur²"
"Itu abang kahwin 2 ke?"
Choiiii la soalan bhaiya ni..
"Anak + nephews laaa..."
Berani abi nak kahwin 2 ye.. kalau tak rasa pening, serabut dengan bini seorang yang perangai macam² ni dan anak 6 yang pelbagai ragam ni, tak tahulah kan π€£π
Semoga tak adalah niat dalam hati tu nak tambah cawangan. π€π€
Abang Faheem kata.. Pelik sangat ke kalau kahwin seorang je tapi anak ramai? Ada je kan orang lain anak lagi ramai .
Yelah abang.. Memang ada.. Cuma zaman sekarang ni, anak 4 orang pun orang dah cakap ramai. Inikan pula anak 6-7-8.. π
π
No comments:
Post a Comment