Friday, February 21, 2025

#7thEdition - Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah

15.02.2025

Sarapan pagi di wad obstetrik. English breakfast, kata abi. Jangan tanya tentang rasa 😅😅 yang penting perut terisi..


Lepas breakfast, ummi jalan² dalam wad, dapat la dalam 40 minit..Then ada nurse cari.. Nurse kata LR dah panggil. It was 11++ am. Ummi tanya, boleh ke kalau tunggu lepas lunch. Nak makan dulu. Nurse said ok.. Puan makan dulu untuk tenaga push nanti..haha..
Tak sempat snap gambar lunch. Hati dah libang libu nak masuk LR kan.. Laju je makan.. hihi..

Meanwhile, abi ada nak kena settlekan barang untuk abang long pulang ke asrama malam nanti.. Ummi kata its ok, take your time. Settlekan dulu barang abang, gunting rambut siap semua.. Baru datang hospital. Takpe masuk lewat sikit. I dont think its gonna be a fast one. haha. 

So, 1.30 ptg ummi masuk LR. HO check bukaan, tak jumpa, too deep inside, posterior..Staff nurse check, dapat la hujung2 jari, tapi memang posterior. Then they call MO, MO confirms its posterior bukaan masih di 3cm. MO pecahkan air ketuban..
Then pakar explain kepada ummi all the risks and consequences, since ummi grand multi para (beranak banyak kali) dan berisiko tinggi. Main risk is risiko berlaku tumpah darah kerana rahim ibu yang bersalin banyak kali dah kurang elastik compared to first time mom. Rahim akan lambat mengecut. So, hospital dah get ready 1 beg darah, in case berlaku tumpah darah.

Dan, since baby posterior, delivery process will usually takes longer time.. Pakar tanya berapa tempoh paling lama in labour? Paling lama adalah 10 jam masa bersalin Fatima. Pakar kata, usually they allow 10 hours only in labour sebab tak boleh biar ibu lama dalam fasa active labour. Pakar tanya ummi nak ambil pain killer tak? Sebelum ni pernah ambil any pain killer? Sebelum ni ummi pernah ambil entonox gas & pethidine. Pakar explain further, based on my condition and history of long labour hours, dia suggest epidural, but it depends on ummi.. Pethidine is good tapi dia bertahan 4-6 hours sahaja. Epidural will act sehingga selesai kelahiran. Plus, sekiranya, within 10 hours masih belum bersalin, atau heart beat baby bermasalah, kemungkinan akan kena tolak ke OT. Jika berlaku, tak perlu cucuk another line for epidural, masih boleh guna line yang sama. 

Mengenangkan faktor usia yang dah semakin 'muda' dan pain endurance yang berkurangan, dan terbayang sakit yang macam nak pecah perut tu, ummi opt for epidural. 

Pakar tanya lagi.. Sekiranya terpaksa czer, doctor suggest untuk buat BTL as family planning. Again, bukan paksaan, mak boleh pertimbangkan. Ummi dah pernah bincang dengan abi, dan ummi agree if czer, im ok for BTL. 


Abi sampai masa pakar bius nak bagi explanation tentang epidural. Epi bukan 100% hilangkan sakit, tapi reduce sakit 50-60%. Ada risiko dan kesan juga macam pening², muntah, pendarahan etc. Abi tanya ummi kenapa nak epi?? Ummi kata, ummi nak tenang² je, taknak stress layan sakit, i want to rilex. Sebab bukaan baru 3cm, dan pakar bius available, alhamdulillah dapat epi. 

Cuak juga nak masukkan tiub for epi. Tapi alhamdulillah semua smooth. Rasa sakit sikit masa cucuk bius je.. Lepas tu tak rasa apa dah, though jarum/tiub epidural ni lagi besar dari jarum bius separuh badan. Tiub tu dia lekatkan belakang badan dan sambung ke mesin untuk alirkan epidural sepanjang proses bersalin. Ada button juga untuk patient tekan sekiranya dos epi yang diberi tak cukup dan rasa sakit yang kuat. 

Lepas epi dah menjalankan tugasnya, ummi tak rasa dah contraction.. Dan since baby posterior dan bukaan baru 3cm, doktor bagi drip augmentin/pitocin untuk kuatkan contraction bagi cepatkan bukaan. Dos augmentin/pitocin dinaikkan secara berkala dari 2ml, 4ml ke 8ml. Tapi ummi tak rasa sangat contraction until 8ml.. Baru terasa sakit sikit.. Unfortunately, bila dos dinaikkan ke 8ml, baby pula tak boleh tahan.. Heart rate dia tiba² drop below 100. Normal heart rate is within 100 to 150, 170.. Ni drop ke 80-90.. Nurse off kan pitocin. Ambil masa juga baby nak catch up to normal heart rate balik. huhuhu.. 

Lama tak jumpa mesin ni 😂.. Mesin ni monitor heart rate baby dan juga contraction.  Abi pun dah pandai baca mesin ni dan printed graf dia ye.. Yang warna kuning tu heart rate, yang hijau contraction rate. Graf heart rate baby cantik kalau nampak gigi-gigi. Kalau tak nampak gigi tu, baby macam tidur, tak aktif.. Kena kacau² dia.. Ni yang fasa dia nak catch up balik heart rate dia.. Then yang heart rate dia drop tu, dia jadi macam longkang. Its not good.. Untuk contraction, doktor monitor berapa kali contraction in 10 minutes.. 1 in 10, 2 in 10, 3 in 10.. Kalau dah dekat² nak bersalin, contraction should be 3 in 10s.. Means, dalam 10 minit, event kontraksi berlaku 3 kali..Bila ada contraction, graf akan naik membentuk macam bukit. So, kalau dah nak bersalin, contraction makin kuat dan makin kerap, dia akan membentuk 3 bukit dalam 10mins graf sheet. Gituhh.. 


Nak jadikan cerita, staff nurse yang attend ummi ni, tenang orangnya. Cara cakap bak ibu², lembut je.. Memang kena lah dengan hasrat ummi yang nak rilek dan tenang² je untuk kelahiran kali ni.. Tapiiiiiii, terlebih tenang pun tak jadi jugak ye.. hahahaha..

Disebabkan terlalu tenang, dah 6 jam berlalu, bukaan baru 5cm, baby masih posterior, SN masih kekal tenang. Ummi, walau nampak tenang, dalam hati dah mula berkocak. Sebab ummi dah melalui fasa kelahiran yang lamaaa masa Fatima.. Kalau 6 jam, masih posterior, dan bukaan pun dikira poor progress, ada possibility kena tolak OT. Seram pula nak membayangkan. Ummi dah 2 kali dah hampir² kena czer.. Terfikir mungkin kali ni takde rezeki ummi bersalin normal lagi. Tapi ummi tak berserah begitu je.. Hati tak henti berdoa, mohon keajaiban dari Allah Rabbul Izzati. La hawla wala kuwwata illa billah.. Abi pun di tiap kesempatan, abi mengaji apa yang mampu, sesekali tanya ummi ok ke tak..

Dalam pukul 8 lebih, ada seorang nurse masuk. Ummi dengar dia tekan² mesin drip pitocin tu.. Masa tu dos 4ml. Dalam hati, dia naikkan dos lagi ke? Ummi risau jugak kalau heart rate baby drop lagi.. Then masuk lagi seorang.. Dia check bukaan, jauh jugak, tapi soft sangat dah.. Boleh ni, kata nurse tu.. 

"Ibu, kita nak tolong ni. Kalau pukul 9 ibu tak bersalin lagi, ibu kena tolak pergi OT untuk czer. Serviks dah soft sangat, cuma tinggi sikit ibu ikut cakap saya ya.. Kita cuba bersalin normal, boleh ni, kena kacau sikit. Kalau rasa contraction, ibu teran je sikit²."

"Ibu mengiring ke kiri, tangan sebelah paut dekat besi ni, sebelah lagi tarik kat sini, kepala rapat ke bahu, kaki satu lurus satu lipat macam ni.. Ibu cuba teran macam nak berak.. Teran kuat sikit, panjang².. Sikit lagi ibu.. Haaa.. dah boleh rasa, ni kepala baby.. Teran lagi ibu, panjang²."

"Ibu pusing balik, tangan pegang kaki, kepala tarik ke perut, punggung jangan angkat.. Rasa contraction je ibu teran panjang² macam be**k keras..Ibu lawan tangan saya ni ye..Tarik nafas, teran panjang².. Bismillahirrohmaanirrohiiim..  Laa ila hailla anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin.."

Abi tolong tolakkan kepala ummi kedepan. Nurse 3 orang menggodek perut ummi..Baby menyeget katanya, yang seorang tolak ke sini, seorang tolak ke situ.. Dah macam doh kena uli ye.. 

"Sikit lagi je ibu.. Dah nampak rambut dah tu.. Teran panjang² kuat² ibu.. Sikit lagi nak bagi lepas kepala.. "

Entah berapa kali teran, akhirnya 15.02.2025, 8.33pm, lahirlah seorang lagi umat Muhammad, permata berharga ummi abi yang ke-7, Baby boy, berat 3.01kg. Allahuakbar.. Alhamdulillah.. Lambat sikit baby nak nangis.. Semua dok sorak, suara mana dikkk?? Suaraaa??
Bila dia nangis je, semua pakat sorak, alhamdulillah.. Muka baby kebiruan sikit..Congested.  So paed monitor level oksigen baby.. Mata abi dah berkaca².. Ummi ucap syukur tak berhenti.. 

Disebabkan risiko rahim lambat mengecut tu, lepas cucuk ubat kecutkan rahim, nurse urut² perut ummi, nak tolong bagi kecut rahim. In the same time, pitocin masih on untuk bagi contraction yang membantu kecutkan rahim juga.. Sambil nurse keluarkan uri, make sure takde yang tertinggal. Then jahit luka.. Ye, koyak juga sikit, sebab kitonyo tak sedar dah punggung angkat ke tidak, teran pun dah kemana hala. Tapi since epidural masih on, tak rasa lansung masa jahit tu.. SN cakap, "ibu takde tekan button ni tadi kan.. Nah lah tekan.. Rugi tak tekan, Kalau kat swasta mahal ni.. ", disuanya button tekan dos epidural yang akan high shot utk 10 ke 20 minit tah.. Tekanlah buat raso²..

Sepanjang proses lepas baby dh keluar tu, ummi dok bergelak ketawa je dengan nurse² tu ye.. Ummi cakaplah dah macam skuad pom pom girl dah.. Riuh terus jadinya dari bertenang2 tadi 😂😂 Dah lah perut kitonyo dibuat macam tepung diuli..Sedang dia ganyang ye.. Berderai ketawa nurse².. Nurse yang jahit luka pulak kata, "ibu, saya tolong repair balik bagi cantik tau ni.. Reconstruct. Kalau buat kat swasta ni, beribu juga dia charge ni.. Tapi dah buat cantik ni, ibu jangan pulak datang balik tahun depan nak bersalin lagi 🤣🤣🤣"

Allahu, boleh pecah perut melayan mereka ni.. 
Syukurlah Allah ilhamkan ummi amik epidural. Tidaklah seksa menahan menanggung sakit..
Syukur juga Allah hadirkan orang baik², buat kerja dengan baik dan berhemah.. 
Alhamdulillah thumma alhamdulillah

Selesai je kerja mereka, semua pakat berkemas salin baju.. Nak balik dah katanya.. Dah habis shift.. Kata deme, alhamdulillah beberapa kes dapat diselamatkan daripada czer. 1 je tak berjaya, terpaksa tolak ke OT jua. Bila pasukan pom pom girl nak balik dah,  bersusun lah ucapan terima kasih nurse, terima kasih nurse... 😅😅




Syukur alhamdulillah

فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015