Thursday, February 13, 2025

Anak Kedua Masuk Asrama

 Sending off my no.2 to boarding school ๐Ÿฅน

Walaupun sama sekolah dengan abang, dan tak jauh mana pun, tapi tetap syahdu ya. Yang no.2 ni, ucu dia panggil penglipur lara. Ada je cerita, onar, drama, loyar buruk dia. Dia yang rajin bergaduh dengan ummi, dia jugalah yang selalu tolong ummi, walau dengan background sound bebelan, keluhan tanpa henti dia ๐Ÿ˜…. 

Semoga baik² anakku.. Semoga dalam jagaan insan yang baik², dikelilingi sahabat dan guru yang baik², sentiasa dalam perlindungan & pemeliharaan Allah ya Hafiz Ya Muhaimin.. Semoga diterangkan hati, dimudahkan dan dilancarkan semua urusan pembelajaran. Semoga cemerlang dunia dan akhirat, jadi insan yang bermanfaat buat ummah. 

ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ูَู‚ِّู‡ُّ ูِูŠ ุงู„ุฏِّูŠْู†ِ ูˆَุนَู„ِّู…ْู‡ُ ุงู„ุชَّุฃْูˆِูŠْู„َ

“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”












Abang dia dok bebel kat dia kopiah senget..


Balik rumah, abang belek phone ummi, jumpa gambar masa si adik Darjah 1.. Memang begitulah trademark dia agaknya.. Darjah 1 vs Tingkatan 1 ๐Ÿคญ

My 2nd born, 12 years back.. Sekejap je dah besar ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Syukur sekolah rajin update aktiviti, baik dalam media sosial mahupun group whatsapp ibu bapa.. Dapatlah melepas rindu, walaupun dapat tengok muka anak sipi² je. 


Abi nya pesan dekat abang, nanti tengok²kan adik. Ajar dia iron baju, kemas katil etc.. Abang kata.. Taknaklah.. Belajar hidup sendiri! 
Hahahaha.. Abang tu, kat mulut je cakap macam tu. Tambah pula adik suka menyakat dan loyar buruk denga abang kan.. hihi..

Semoga baik² semuanya anak² ummi abi..



No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015