Urusan di daycare semalam selesai jam 9.00 mlm.
Ambil darah sepatutnya jam 5 ptg, tapi delay ke pukul 6 lebih, almost pukul 7 mlm. Result darah pula, dalam pukul 8.30mlm baru dapat. All in, pukul 9 la baru selesai dan abi pick up ummi 9++, siap dengan tapau makan malam.
Based on result semalam, masih perlu photo therapy. Ummi dah berkira² pagi ni perlu pergi awal, supaya boleh selesai dan balik awal. Walaupun deep down inside, hati ummi ni dah berkocak dah.. Rasa down, mental dan fizikal. Tambah pula Nusayba demam. Dan ummi dok terngiang² suara jerit tangis Mus'ab yang kuat melantun semalam masa doktor nak ambil darah. Lama juga nak selesai ambil darah Mus'ab berbanding 2 orang bayi sebelumnya. Maka lama jugalah ummi dengar tangisan Mus'ab yang meruntun jiwa ummi.
Pagi ni, ummi memang koyak. Sikit je tak kena, tapi airmata dah mengalir laju dah.. Makin ummi cuba tahan, makin laju dia mengalir. Sudahnya ummi buat keputusan.. Tak payah pening nak hantar Nusayba kat mana, tak payah serabut nak pergi daycare. On the spot juga tangan ummi ni laju scroll cari perkhidmatan sewa lampu photo therapy.. Alhamdulillah dapat dan servis sangat cepat. Tak perlu tunggu lama pun. Pukul 8 ummi contact, pukul 9 dah dapat lampu nya..
So, hari ni, kita continue lampu di rumah je ye Mus'ab.. Lebih tenang dan bebas. Ummi pun tak mati kuti. Dan kita continue feeding macam biasa. Nanti kita check semula di KK. Mudah²an, dengan izin Allah yang Maha Kuasa, kuning Mus'ab turun dengan jayanya. Nusayba pun boleh berehat2 di rumah dengan ummi dan adik Mus'ab..
Alhamdulillah saat coretan ini ditulis, ummi dah chill dan tenang balik.. Mata je ada sembab sikit 😅. Biasalah mak2 post partum, emosi tak berapa nak stabil kan. Doakan ummi sekeluarga baik² je ye..
No comments:
Post a Comment