Wednesday, February 5, 2025

Tentang Hadiah...

Saja nak share hadiah yang kawan² bagi, randomly..

Ni ole² dari immediate bos ummi khas dari Surabaya..TQ lady boss πŸ’•πŸ₯°


Isi dalam beg..Ada tudung, kecap manis, kopi 3in1 dan coklat..


Jiran depan meja di pejabat berkongsi tarikh hari lahir yang sama dengan ummi, tapi tahun yang berbeza. Dia jauh lagi muda πŸ˜…. Sampai² office, dah ada hadiah atas meja 😊. Bagus tau hadiah ni.. Highlighter yang boleh padam. Sesuailah dengan kerja ummi yang banyak menconteng dan differentiate pelbagai jenis line. Salah sketch, senang nak padam balik. Takdelah messy bila bagi draughter, dan draughter pun tak pening kepala nak faham contengan ummi yang tak berapa nak cantik tu. hahaha..


Cornflakes madu dari orang yang sama.. Sweet kan jiran ummi ni.. Tq emma πŸ’•πŸ₯°


Hadiah birthday dari draughter ummi yang baik hati.. Tq ana πŸ’•πŸ₯°

Ni team ummi, kata nak buat makan² sempena dapat duit claim OT.. Tiba² ada cheese tart pulak.. Comel pula tu.. Alahai.  Tq team πŸ’•πŸ₯°

Hadiah dari another bos. Bukan immediate bos ummi, tapi bos kepada jiran depan ummi. Bos ni alkisahnya dia MC sebab slipped disc hujung tahun lepas. Then awal tahun dia ada masuk office sekejap, sebab ada urusan penting. Jalan pun tak tegak lagi masa tu.. Allahu.. Tiba² dia hulur hadiah.. Terpinga² ummi.. Hadiah apa pula ni?? Hadiah advance untuk bulan 2 katanya, sebab takut tak sempat berselisih dengan ummi since tak tahu MC dia akan extend lagi ke tidak.. Huhuhu.. Ummi memang plan nak beli radio baby pian ni.. Syukur ada orang bagi hadiah 🀭.. Tq bos πŸ₯³


Ole² from one of my bestie, dari Australia.. Kitanya entah bila ada rezeki nak jejak Aussie, dapat ole² dari Aussie pun dah bahagia.. Tq Anne πŸ’•πŸ₯°


Next, surprise dari tokei Sambal Ketuk. Sekarang ni, nak dapat stok SK beliau, susah sikit sebab limited edition. Dulu nak order anytime pun boleh.. Ada sekali tu ummi tanya, dia kata memang dah lama tak buat. Mak dia tak larat.. Ummi kata takpelah.. Beberapa hari lepas tu dia wasap ummi...
Katanya ummi ada tempat special kat hati mak dia πŸ€­πŸ˜…


Allahu.. terharu kitaaa.. Terima kasih makcik.. Maaf susahkan makcik πŸ₯ΉπŸ™πŸ»

Dapatlah ummi beberapa paket stok SK yang ummi memang selalu guna buat rencah nasi goreng dan anak² pun suka makan dengan nasi dan roti/biskut. Tekak tahan pedas budak² ni. Syukur alhamdulillah..

p/s: Dalam ramai² kawan ummi yang tk berapa ramai, kawan yang ni lah ummi pernah bermalam kat rumah dia beberapa kali dan ikut dia balik kampung masa zaman belajar dulu..  πŸ˜…πŸ˜… Mama pun, kalau ummi cakap nak ikut kawan yang ni, dia tak banyak soal. Sebab mama tau makcik lagi strict dari mama 🀣🀣.

Masa dia open order yang ni, ummi lambat respon. Dah hari yang dia nak hantar order, pagi tu baru ummi wasap nak order. Dah tengahari, ummi tengok dia tak baca pun wasap. Sibuk packing & delivery kot.. Tiba² petang tu husband dia wasap ummi kata dah letak SK atas meja office ummi. Ummi iyekan jelah.. 


Tak lama lepas tu baru kawan ummi reply, dia baru baca wasap ummi. SK yang husband dia hantar tu, memang dia nak bagi sebenarnya, bukan yang ummi order πŸ₯ΉπŸ˜‚ Siap ada wish untuk anak teruna ummi berdua tu.. Allahuu..


Tq nas πŸ’•πŸ₯°

Tapi.. hadiah ummi tak boleh lawan hadiah yang ni...


Hadiah untuk abi dari parents/students Pasti.. Ini pun sebahagian je.. Ada lagi yang lain².. πŸ˜‚

Terima kasih buat semua yang baik hati dan pemurah. Semoga Allah lipat gandakan rezeki yang barakah buat kalian, dipermudahkan urusan dunia & akhirat.. 


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015