21 Ramadan
Hari ni iftar di Ampang. Asalnya minggu sebelum tu ucu tanya, minggu 22hb free ke? Kakak iparnya (read: cik ira) ajak buka puasa ramai², lama tak makan mee tomato katanya. So, ummi pun lock awal² tarikh tu. Puasa tahun ni memang belum sempat berkumpul lagi adik beradik ummi. Family makngah & pokcik pun belum jumpa baby Mus'ab lagi..
Beberapa hari sebelum hari kejadian, anak² pokcik & cik ira kena HFMD pula. Kena kuarantin lah masing². Maka, kami proceed lah 4 out of 5 siblings.
Menu iftar:
Mee/kuetiau tomato by ucu & maktok
Popia big mac by mak ngah's clan
Roti john crispy chicken & sloppy beef serta pelbagai kuih by ummi's clan (tapi beli lah 😂😂 mengelat 🤭)
Air by paklong
Lepas geng lelaki balik dari solat terawih, pakat main mercun dan bunga api..
Lepas membakar, makan aiskrim pula. Yang sorang ni, macam mandur pula..
Yang ni tak tahu peel apa dan kenapa.
Ucu dan kangah yang attend kids main mercun, bunga api.. Ummi jenguk keluar sekejap je.. huhu..
22 Ramadan
Hari ni iftar dengan:
Kari ayam
Salad telur rebus
Puding karamel resepi KA
Air vitagen + longan + tembikai resepi KA
Tepung pelita (beli)
23 Ramadan
Menu iftar:
Singgang sotong
Sambal tumis telur rebus
Samosa paratha KA
24 Ramadan
Meriah sikit meja hari ni.
Bebuka dengan air tangan ummi:
Tomyam ayam
Udang sambal berlada
Abi beli:
Murtabak
Paru goreng berempah garing macam keropok 😅😅
Baby cakoi
Tepung pelita (simpan dalam peti)
Tepung pelita tu kan, ada kisah dia..
Dari awal puasa, bila abi beli tepung pelita, anak2 je yang makan. Abi beli pun sebekas je biasanya. Ummi pun tak request nak TP pun. Until 22 Ramadan tu, memang ummi request nak TP. Teringin sangat pula masa tu.. Abi beli 2 bekas. 1 bekas tu ada 4 ketul. Masa iftar, keluarkan 1 bekas dulu. Lagi 2 bekas simpan dalam peti..
Sebab dah kenyang makan masa iftar, ummi fikir nanti lah makan. Tunggu the man & boys balik terawih. Sementara tunggu tu, ummi dok melayan Mus'ab sampai ummi pun tertidur sama. Tersedar bila dengar riuh suara anak². Dah balik terawih la tu.. Tengah terkebil² baru bangun tidur tu, Fatima tanya, "ummi nak TP kan?? tapi dah habis dah ummi.. Fxx makan banyak, dia habiskan.." Tersedih pula ummi.. Sebab teringin sangat kot. hahahaha..
Bila semalam ummi request TP lagi, abi sengih. Nak sakat kita lah tu.. Balik kedai tu abi pesan suruh simpan dalam peti terus, yang ni ummi punya 🤣🤣.. Abi kata yang ni ada orang sedekah. Sedap pula tu TP dia. Tak manis sangat, rasa berlemak just nice. Syukur alhamdulillah.. Rezeki.
Anak² tak berani nak mengecak, takut ummi merajuk 😂😂. Ummi bagi jugalah seorang seketul kat Fatima dan Nusayba masa sahur pagi tadi. Fathan taknak. Abi dan Fathiy sahur di Gombak. Ummi dapat makan 3 ketul 😄. Puas hati.. hahaha..
Sikit lagi nak jadi kisah telur ikan tembakul tu 🤭
ReplyDeleteMee tomato tu macamana ily? First time dengar rasanya ni...
TP favourite Akk juga. Takat 3 ketul tu sekali hadap je 😆
https://bintanghatipelangi.blogspot.com/2014/08/resepi-mee-tomato-kegemaran-anak-cucu.html?m=1
DeleteResepi mee tomato ⤴️😉
Dah nak seru batu belah batu bertangkup dah 🤣🤣🤣