Sunday, March 16, 2025

Catatan 14 Ramadan

12 Ramadan

Menu Iftar 12 Ramadan:
Asam Pedas daging harimau menangis
Telur bungkus resepi KA
Sayur kobis
Beli: Kuih ketayap, tepung pelita, air sirap bandung 

Syukur telur bungkus menjadi, elok berbungkus.  Dok risau telur melekat kat kuali, telur tak bungkus betul, hancur.. First time nak buat kan.. Gelabah nya lebih.. Anak² nak request nasi goreng pataya pulak bila tengok telur bungkus menjadiii. Alahaii.


13 Ramadan

Menu iftar 13 Ramadan:

Udang masak lemak cili padi

Ayam goreng yogurt

Sayur taugeh

Bubur jagung dari cikgu² Pasti.


Hari ni abi tak pergi menjelajah bazaar. Sebab hujan lebat. Lagipun, cukup dah makanan yang ada, ummi pun memang takde nak pesan apa².


Sementara ummi masak tadi, Mus'ab dok nangis. Ummi pesan kat abang Fathan tengokkan adik sekejap. Ummi tengah goreng ayam, sikit lagi nak siap..

Abang Fathan dukung adik bawa ke dapur .. Ummi bagitau nak siap dah, bawa adik ke depan, takut terkena minyak panas merecik.. Bila ummi dah siap masak, cari adik, Fathan kata dah tidur dah dekat baby cot.. Alahai abang.. Pandai awak jaga adik.. Thank you abang Fathan.. 

14 Ramadan

Ummi ada webinar Nuzul Quran hari ni anjuran MURSHID. Program berlansung menerusi aplikasi zoom daripada 9.00 pagi hingga 12 tghr.


Lepas Asar, kami bergerak balik ke Gombak. Abi singgah bazaar beli roti john, kuih keria, kuih ketayap, kuih koci, kuih karipap, onde², air coklat dan green thai tea.. Ummi seperti biasa tunggi dalam kereta saja. Tidaklah nak bersesak tengah orang ramai dengan baby kecil yang masih fragile lagi..

Biras masak sup tulang, chicken popcorn, air lemon & air teh tarik. Bibik pula goreng ikan bawal, dan sayur kobis. 

Ummi? Gantung kuali 🤭. Kalau abi bagitahu awal nak balik Gombak, bolehlah ummi masak sejenis lauk, atau buat pemanis mulut yang mudah². Bila tahu last minute, tak dapat nak tolong lah 😅😅.. Sementelah ummi sendiri kebuntuan nak masak apa kalau iftar di rumah, puas tanya anak², tiada jawapan balas.. huhu.. 

Nanti nak cuba masak bubur lambuk la, insyaAllah.. Daging tetel ada setengah kilo dalam esbok tu 😄..


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015