Apalah tajuk ummi letak ni kan.. Tapi itulah hakikatnya .. Baru nak happy, terbantut pula rasa happy tu..
Puncanya...
Hari isnin baru ni, admin office ummi whatsapp maklumkan permohonan cuti bersalin tanpa gaji ummi dah diluluskan.. Sedikit lewat sebab kena buat pindaan tarikh bercuti.. Permohonan asal berdasarkan tarikh jangka bersalin, but then, ummi bersalin awal seminggu.. Maka admin kena kira balik tempoh bercuti tu sampai bila.. Syukur lah lulus tanpa perlu korbankan cuti rehat tahunan berkelayakan.. Depa recalculate balik la semua termasuk MC dan cuti rehat tahunan berkelayakan.
Kenapa cuti bersalin tanpa gaji?? Semestinya sebab kuota cuti bersalin bergaji penuh ummi dah habis licin 😅😅 Dan I was not expecting to get pregnant again. Tapi tetap bersyukur dengan rezeki dan amanah yang Allah kirim ini.. ☺️
Hari ni.. dapat whatsapp dari admin lagi.. Kali ni admin majukan memo dari Unit Kewangan.. Kena bayar balik sebahagian gaji bulan Feb 😅😅😅 Terbantut terus kegembiraan hari isnin tu.. hahahaha.. Takpalah nohh.. Dari kalut nak kena bayar balik di kemudian hari, baik kita settle je terus sekarang. Tak jadi hutang..
Bila tengok balik tarikh start cuti tu.... 12hb ummi ambil cuti rehat sempenan nak hantar anakanda Faqeeh untuk pendaftaran sekolah/asrama tingkatan 1. Sebelum² tu, bila ada yang tegur bila nak bersalin, ummi cakap kalau boleh biar bagi selesai urusan hantar Faqeeh dulu.. huhu.. Nak bagi adil la abang dan adik. Tahun lepas hantar abang, tahun ni hantar adik pula kan. Walaupun sekolah yang sama, tapi feel dia berbeza..
13hb ummi dah 'lapor diri' ke PAC HTA.. 😂😂
Alhamdulillah Allah izinkan untuk selesaikan urusan Faqeeh dulu..
Now that i'm officially unpaid, berjimat cermat lah semua ye.. Raya tahun ni, ala kadar, apa adanya je ye.. huhu..
Reminder untuk diri sendiri, jangan berkira sangat, jangan berkeluh kesah, jangan susah hati.. Doa dan mohon pada Allah selalu. Minta Allah cukupkan semuanya. Semoga simpanan berdikit² semenjak tahu pregnant dulu, mencukupi untuk cover yuran sekolah anak⁶ dan keperluan² lain. Biar tak mewah, asal cukup.. Nak rasa cukup pun, kena ukur baju di badan sendiri juga kan. Berpada² lah dalam apa jua ye ummi.. InsyaAllah semuanya baik² saja.. Doakan kami ye..
Moga dipermudahkan..ya selalu doa minta Allah cukupkan semuanya...
ReplyDelete