Ummi dah rasa sakit tangan ni masa di wad hospital lagi, selepas bersalin.
Awalnya ummi ingatkan sakit sebab vein bengkak asbab cucuk branula. Memang sakit dua² belah tangan dekat bahagian jarum branula tu. Ummi rasa macam ada ketulan bengkak dekat vein tu.. Memang sakit.. So hati ummi berat ke itulah puncanya.
Ummi ada tanya pada nurse juga, masa tu tak tau nak explain sakit macam mana dan sakit yang ketulan dekat vein tu lagi obvious. Nurse kata just urut slowly & tuam dekat bengkak tu.
5 hari duduk wad, memang ummi rasa susah sikit nak angkat baby dalam cot guna tangan kiri. Cot tu dah lah belah kiri katil, so mesti memang akan lebih guna tangan kiri. Bila rasa sakit dan macam susah nak bend tangan angkat baby, terpaksalah ummi turun katil cari posisi yang lebih sesuai dan selamat untuk angkat baby.
Bila dah discaj, few days juga baru bengkak pada vein tu surut. Tapi.... Pergelangan tangan ummi ni masih sakit. Dia macam ada certain angle yang ummi tak boleh nak turn/bend. Kadang tu tak angkat apa² pun, tapi bila tersalah bend tu, menjerit juga lah. Kalau nak angkat barang berat atau baby apatah lagi..
Masa kawan ummi datang mengurut, ummi ada bagitahu dia. Dia pun urut la tangan ummi. Menjerit kesakitan ummi ye.. Dia tarik daripada dekat siku sampai ke pergelangan tangan ya g sakit.. Allahuu.. Sehari dua lepas urut tu rasa legalah sikit tangan.. Ingat dah selesai . Rupanya tidakk.. Sakit tu datang kembali.. Kadang tu, bangun pagi tu terasa sakit sangat. Walhal, ummi tidur mengiring ke kanan, tak himpit pun tangan yang sakit tu. Tak tahulah kenapa dia rasa berat dan sakit..
Ummi ingatkan carpal tunnel syndrom. Ummi google lah.. Tapi jari ummi takde pula rasa kebas².. Jari ok je. Sakit tu kat area sini..
Ummi google lagi.. Sakit pergelangan tangan.. Then ummi jumpa ni.. Yang ni memang yang paling hampir dengan apa yang ummi rasa..
DeQuervain's tenosynovitis (DQT).
Berbelit lidah nak sebut.. huhu..
Nak confirmkan DQT ni, kena buat test.. The Finkelstein Test.
Caranya, genggam ibu jari kedalam macam dalam gambar, dan gerakkan pergelangan tangan ke sisi ke arah jari kelingking. Kalau rasa sakit pada bahagian yang ditandakan kuning tu, maka confirm DQT.
Bila ummi try buat, memang sakit untuk tangan kiri. Tangan kanan ok je..
Cara rawatan dia...
1. Pakai brace atau wrist support.
2. Ubat tahan sakit dan anti keradangan.
3. Hand exercise
4. Ice pack pada tempat yang sakit.
5. Suntikan ubat anti keradangan pada tempat yang sakit.
6. Kalau masih tak elok, mungkin eprlu buat surgery 😱🥴.
For the moment, ummi kena kurangkan penggunaan tangan yang sakit. Tapi susah juga sebab mmg nak kena angkat baby selalu 🥲🥲.. Then kena minta tolong abi belikan brace/wrist support. Sambil² tu boleh tuam dengan ais. Hopefully ada improvement..
No comments:
Post a Comment