Thursday, May 8, 2025

Short Staycation at Kuantan

30 April lalu, abang² di asrama selesai Ujian Prestasi 1 dan pulang bermalam (PB) petang tersebut sehingga 4 Mei 2025. Abi, awalnya berjanji dengan anak⁴ yang lain nak bawa mandi kolam masa cuti Hari Pekerja 1 Mei, since abang² pun balik.. Tiba², masa nak ambil abang berdua tu, abi ubah fikiran. 

Abi kata, semua ada ni, nak pergi jalan²? Kitanya memang masih bercuti tanam anggur, haha.. Abi kan suka adhoc, ala² surprise gitu. Ummi follow je lah.. Mula² abi suruh ummi cari nak pergi mana.. Jem dah otak ummi 🀭. Then abi kata, pergi Kuantan lah. Boleh ziarah sekali poksu abi yang kurang sihat.. Abi cari homestay dan pass kat ummi untuk arrangement booking.. 

Anak ramai dan ade yang dah besar ni, memang kena cari homestay je. Lebih selesa untuk kami. Dan as usual, pilihan kami kalau boleh, nak homestay yang ada pool. Bagi anak2 berendam puas².

2 Mei, off to Kuantan. Bertolak pukul 10, sampai Kuantan pukul 12+. We stayed at Swiss Garden Residence (SGR). Since hari Jumaat, abi and the boys pergi solat jumaat, ummi dengan kakak² & mus'ab tunggu di lobi sebab homestay belum ready. Scheduled check in pukul 2pm. Ingatkan kot ada rezeki masuk awal ke kan. hihi..


Us, killing time tunggu abi & boys selesai solat jumaat and hoping for our homestay to be ready early πŸ˜…..


Tudung matchy² dengan anak dara. Fatima banyak kali dah mintak nak tudung sama dengan ummi. Nusayba pula akan follow rapat kakak ima dia. Hari tu nampak tudung Irine ada promo, laju² ummi grab untuk kami bertiga. Happy Fatima & Nusayba pakai tudung sama dengan ummi. Alhamdulillah.


Bukannya dapat check in awal. Malah sedikit lewat πŸ˜…. Abi and boys dah balik solat jumaat, kami tercongok lagi di lobi. Pukul 1 lebih tu owner ada text, bgtahu mungkin lambat sikit sebab guest sebelum tu lewat check out. 

Pukul 2 lebih, tak ingat exactly pukul berapa, baru check in. Homestay kami ambil ni studio 1 bilik, ground floor. Buka sliding door nampak playground dan pool dah. Laju lah depa ni pergi rasmi playground. Dah berzikir nak mandi kolam dah masa ni. Matahari tengah dok atas kepala tu naaa.. Huhu..



Check in, ummi solat jap, anak² berzikir nak mandi kolam. Tapi ummi abi decide keluar makan dulu since kami sarapan & kudap² sepanjang jalan makanan ringan je. Lepas makan baru terjun kolam. Kalau masuk kolam dulu, alamatnya tak makan la.. Orang lain mungkin boleh bertahan tunggu makan malam. Ummi cannot.. Perut dah berkeriuk dah, Mus'ab dah sedut semua πŸ˜…. 

Cari kedai tepi jalan yang dekat² je. Semua makan laju², tak sabar nak mandi. Yang geramnya, masa tengah menyuap makan tu lah Nusayba dok berzikir nak membuang. Dia pulak sejenis memilih tandas. Nak tandas duduk je. Lagi laju lah semua suap makan. Sampai homestay, dia kata takde rasa nak membuang dah. Dia scam kitaaaaa... Dia kata, dapat pun balik cepat. Nak mandi kolam. 🀣🀣🀣.
Gambar kolam takde, sebab ummi tak join pun. Ummi dok ulit Mus'ab je. haha.. 

Lepas puas berendam, kita jalan dekat pantai pulak. Belakang SGR ni je. Jalan kaki sikit. 

Alhamdulillah, dapat capture all of us. Syukur atas nikmat Allah.

The love of my life. All of them. 
Semoga Allah pelihara mereka sentiasa. 


Hai bulan. 
Kalau pakai hp canggih ni, mesti dah zoom nampak permukaan bulan kan.. Apakan daya, hp ummi bawah sikit dari marhaen, skrin pun dh lekang, siap ber-selotape lagi πŸ˜…. Power button dengan sound button pun dah tak function. Nak on skrin pakai tap² je. Itupun ikut nasib. Kadang menyala kadang kelam. Kalau bateri hp kaput di tengahari, cas je la siap² dan tunggu esok pagi,  kala alarm berbunyi untuk on balik skrin. πŸ˜‚ Sedih betul πŸ˜‚ Kena buat tabung hp nampak gaya ni 🀭.


Merasa lah abang long bawa ATV..





Saya pilih tidur. πŸ˜…πŸ˜…



Sulung dan bongsu. Doakan ye ini betul² bongsu. Huhu.. 


Malamnya kami dinner di Kimstone Food Court. Mulanya nak ke Ana Ikan Bakar. Dalam perjalanan, ternampak Kimstone ni. Ummi cakap, eh, sini rupanya Kimstone yang ada CSE Busker yang best tu. Faqeeh terus ajak makan situ. Jom kita..





Ada orang tu merajuk dengan ummi. Untungla muka merajuk pun comel πŸ˜‚. Kalau ummi merajuk rupa dah macam apa tah 🀣



Sayangnya, takde buskers malam tu. πŸ₯²πŸ₯² Mungkin sibuk memenuhi undangan persembahan open house terlajak raya πŸ˜….


Ada banyak pilihan kedai. Ada western, nasi lemak, yong tau fu, goreng² panas.. Tapi takdan ambil gambar. Semenjak ummi ada handbag extra ni, terhad sikit la nak multitask kendong anak, sambil ambil gambar semua tu.. Plus problem hp yang kadang nak nyala kadang taknak tu, lagilah ummi malas. hihi.. Food kat sini yang kami makan, mostly sedap. Ummi beli set nasi putih + daging salai masak lemak cili api, Faqeeh order nasi goreng paprik ayam + seafood, abi beli burger daging (patty dia lembuttt.. ), abang long pilih lamb chop, the rest makan spaghetti carbonara dan fries. Semua sedap. 

Gambar air je ade 🀣


Dah kenyang makan, balik homestay, semua pengsan, keletihan dan kekenyangan. 

Keesokan pagi, pukul 8 dah mula terjun kolam. Sarapan, abi beli bungkus je, roti canai, roti telur, roti sardin dan nasi lemak. 

Pukul 12 check out, kami singgah Pantai Bukit Pelindung untuk sesi grounding. hihi.. 









Tetap memilih untik tidur πŸ˜…. Sebelum keluar rumah/kereta, dah bagi dia minum kenyang² supaya tak meragam. Alhamdulillah dia ok je bila keluar. Terlentok2 je dia.. Alahai.. Nak pakai carrier, dia kan baru seminggu sunat, ring plastibel tu belum tanggal lagi. Risau dia tak selesa kalau dalam carrier. Stroller pula tak ada πŸ˜…πŸ₯². Kendong je lah, sambil exercise tangan, ganti dumbell 🀭.

Ramai dok tegur rambut dia yang lebat mencacak tu. Macam karpet πŸ˜‚πŸ˜‚. Ummi takde letak minyak apa² pun. Rambut lahir pun dah lebat, lepas cukur pun lebat, spikey.. 


On the way balik, singgah ziarah rumah Poksu abi. Lepas tu plan nak singgah Jenderak, rumah Mak Ngoh abi. Tapi, hala balik KL malam tu, lepas RnR Gambang, hujan lebat sungguh dengan angin kuat. Kilat sabung menyabung. Allahu Allah.. Risau sungguh. Tak nampak jalan, banyak lori, banyak motor konvoi RXZ juga. Abi bawak 70km/h je. Tak jadi nak singgah Jenderak. Ummi pesan kat abi, kalau macam tak reda hujan ni, next RnR stop dulu la. Kitanya tak berhenti zikir, istighfar, doa macam². Risau dengan cuaca tak elok, risau kalau abi mengantuk pula lagi di tengah hujan lebat tu. Alhamdulillah lepas Temerloh ok dah. Hujan renyai je.. 

Lepas terowong kat Genting Sempah, ummi dah hanyut dalam mimpi 🀣🀣🀣. Sedar² dah depan pagar rumah 🀭🀭. Maaf lah abi.. Border line ummi tan abi drive memang dekat terowong tu jem Dia macam time zone. Keluar terowong kita dah πŸ’€πŸ’€πŸ’€πŸ˜΄ setelah bertahan sepanjang perjalanan. 
Alhamdulillah sampai rumah dalam 10mlm. 

Alhamdulillah juga Allah izinkan kami sekeluarga bersama² bercuti, spending time together sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Semoga lebih banyak moment macam ni dapat dicipta. Allahumma amiin. 

2 comments:

  1. Alhamdulillah...quality time bersama keluarga..SA pun suka je plan adhoc mcm ni ..tau2 dh sampai je..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat gak cuti² wpun kejap je.
    Akk pun nak tegur rambut Mus'ab tu, lebat & hitam πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015