Monday, July 28, 2025

MisiFit: Indoor Exercise

Cerita dua weekends..

These few weeks abi memang tengah sibuk. Kerja tanpa henti, siang malam. Ummi doa cepatlah siap kerja abi sebab ummi pun terasa sama bebannya. Ummi sendiri pun, kerja di office bersusun. Balik rumah menghadap anak⁵ pula sendirian, most of the time. Most critical time untuk ummi adalah masa nak suruh tidur, dan nak kejut pagi. Taknak bebel panjang bab ni. Sokmo² doa:

Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bil khair..

La hawlawala quwwata illa billa hil aliyyil'azim..

Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazdzolimin..

Hasbunallah wanikmal wakeel...

Faham. penat ini penat di jalan Allah. Semoga diri ini mampu kuat, mampu redha dan bersyukur atas semuanya..

-First weekend-

Berbalik pada misi ummi nak fit.. Baru nak ajak abi pusing tasik pagi ahad. Abi kata dia ada kerja  Hmmm.. Then ummi plan, mungkin ummi settlekan briskwalk awal sikit, mungkin start pukul 7 pg, selesai dalam 7.30~7.45 pg.. Tapi tak kesampaian, sebab Mus'ab asyik berjaga malam seminggu ni. Maka, tidur ummi terganggu. Hardly get my deep sleep. 🥹🥹🥹

Dalam pukul 9 lebih, abi hantar kami pergi rumah maktok. Singgah sarapan dulu, makan nasi berlauk gulai ayam sedak dooh.. Then abi pergi kerja. Ummi dok fikir macam mana taknak bagi missed misi fit minggu ni?? 

Syukur ada stepper dekat rumah maktok. Then teringat ada juga basikal kat bilik ucu. Threadmill pun ada sebenarnya. Cuma hari tu dah dismantle sebab dah lama sangat tersadai dan dia sangat space consume. Takpelah, stepper & cycling pun ok..


Dalam apps, stepping ni rasanya ummi set sebagai indoor walk. Tiba² keluar outdoor walk pula. Lantaklah labu. Dan dalam apps yang recorded dalam 20minutes je. Tapi sebenarnya total 30minutes. Sebab ummi lupa tekan start masa yang mula² tu. Dah lenguh kaki ni, rupanya tak tekan.. haihhh..Pasghah je la.

Stepper takde bateri. So taktau lah actual reading macam mana. Thats why ummi record as indoor walk. 


Lepas asar, kita mengayuh pula. Antik basikal ni. Dari zaman ummi sekolah lagi dah wujud, bertahan sampai ummi dah anak 7 ni. huhu..Tapi monitor panel dia dah tercabut. Samalah macam stepper tadi, kita set dalam apps jelah. Indoor cycling. Dalam 20 mins lebih kurang. Lenguh juga lutut ummi ni. hahaha..


Total calories burn today is 200kcal. Tapi tak kira  calory defisit. Next time pula ummi explore. 


-Second weekend-

Hari sabtu pagi ada kejohanan sukan sekolah abang² kecil. Kami semua turun support. Termasuk abang besar berdua. Dapat jugalah ummi tambah step count. Petangnya abi ada urusan. Ummi berhajat nak briskwalk di padang. Tapi cuaca tak mengizinkan. Maka.... Ummi berlari² anak je lah dalam rumah yang comel ni, alhamdulillah dapat cukupkan 10,000 steps. Gelak je anak² lihat gelagat ummi. Tak kisahlah, janji misi ummi tak tersasar. Memandangkan cuaca tak menentu dan sekarang ni tengah jerebu, Adakah ummi perlu beli walking pad? 🤔🤔💭



Hari Ahad. Banyak benda nak di buat. Maka tak dapat nak berlarian. Tapi ummi selit jugalah jumping jack 100 times. Setelah bersauna iron baju uniform sekolah anak⁶. Nanti slowly kita increase. InsyaAllah. Nak buat banyak² risau injured pula lutut. Slowly ye ummi.

Selit sikit kisah in between weekends. Hari khamis petang bawa Mus'ab check up di KK. Petang tu, nak ambil kakak² di Pasti, ummi ambil peluang la briskwalk few rounds di padang. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. 





Hopefully dapat buat at least 2 -3 exercise per weeks. InsyaAllah. Semoga Allah izinkan.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015