Wednesday, July 16, 2025

Order Sarapan dari Chamca.kl

Pagi Sabtu selepas semput bermain netball di malam harinya, terasa sengal² badan sebab dah lama dah tak all out berlari dan melompat, di tambah dengan dirempuh serta terjatuh lagi kan.. Bila badan sengal², nak masak pun malas. haha.. Scroll² dalam grab, apalah nak makan ni ye. 

Sajalah ummi search lontong, tiba² keluar lontong kering.. Macam sedap ni.. Sebab dah lama teringin nak makan lontong kering. Last time beli dekat Pasar Tani office. Dah lama pula takde pakcik lontong tu.. 

Lajulah ummi order. 2 bungkus pula tu. Lontong kering sambal sotong dan lontong kering rendang daging.

Ni yang sambal sotong. Sedap sambal sotongnya. Serve sekali dengan sambal kacang. Sedap di tekak ummi. Anak² tak biasa makan. Nampak sayur kacang panjang, lagi depa taknak. Ummi enjoy seorang je nampaknya.. Nikmat!

Ummi beli juga lontong kuah lodeh, nasi lemak, pulut kuning dengan kuah kari dan ubi kayu rebus. Tapi gambar lontong kering dan ubi kayu je yang sempat ambil. hihi. Ubi kayu dengan ikan kering, kelapa dan sambal tumis. Sambal tumis dia sedap.. Ya Allah, terkenang². Sambal tumis tu mengingatkan ummi pada arwah Maktok Ummi.. Sedap sangat sambal tumis air tangan arwah maktok. Rinduuuu..


I bet pulut kuning dan kuah kari tu pun sedap sebab anak² berebut makan, tau² dah licin. Tak sempat ummi rasa. 

Kedai Chamca ni dekat Wangsa Maju kalau tak silap. Next time nak ajak abi pergi makan kat kedai la.. Terbayang² lagi sambal tumis dia tu makan dengan ubi kayu rebus. Makan panas² lagi nikmat. 


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015