Alhamdulillah.. Another morning walk completed..
Nak lari hari Sabtu, pagi dah sibuk dengan hal anak². Petang cuaca pula tak mengizinkan. Hari ni decide nak complete-kan 4km walk/run, kira cover sekali semalam punya lah. Alhamdulillah i made it. Nak habiskan 4 km pun macam nyawa² ikan. Slowly lah ummi. Bukan nak kejar apa pun kan.
Sebenarnya lepas achieved 4km, ummi sambung jalan lagi 2 round. Just a rilexing walk, cooling down.. Lepas tu jalan lagi singgah kedai Aceh beli bahan nak masak.. hihi..
Cikgu PU dah hello² nak buat friendly netball hari Jumaat ni.. Itu yang tak boleh missed walk/run ni supaya tak semput sangat game day nanti. Walaupun main suka², enjoy² je kan..
Hari tu ummi ada beli something. Cuma belum unboxing lagi sebab ingat nak tunggu anak² habis exam this coming week. Tali bila cikgu cakap nak buat friendly game, terpaksalah ummi unboxing terus 🤣🤣🤣
Ni namanya fulfilling your childhood crave 🤭🫣. Syukur ada anak perempuan, boleh jual nama anak sebagai asbab nak beli benda alah ni 🤪 Anak tak seberapa, mak je beria.. Eh tapi, bila unbox tiang ni, baik anak perempuan, mahupun anak lelaki, sama naik ye. Terpaksa beli yang basketball punya sebab cari² yang untuk netball bertiang, mahal nak mampuiiih (pinjam tagline jason 🤭). Yang ni pun ok lah kan, dual function. Walaupun ring dia tu tak menepati saiz standard netball, tapi since kita pakai bola saiz 4 untuk pra sekolah, aci jelah..
Mana tahu ada rezeki Fatima join netball team masa sekolah rendah nanti kan.. 😉
No comments:
Post a Comment