Friday, July 18, 2025

Walk#4 My Way to Avoid Overthinking

Evening walk Jumaat lepas. Hari Jumaat tu, ummi patutnya mabilntime off sahaja, ada urusan peribadi pagi tu. Tapi, urusan ummi habis lewat. So ummi text bos, bagitau ummi ambil EL saja lah. Lagipun, i wasn't in a very good state pun hari tu. Maka ummi balik rumah terus, tenangkan diri sendiri. 

Petangnya, ummi text abi, bagitahu ummi nak pusing padang. Habis pusing nanti ummi ambil anak² terus. Pukul 5 lebih dah keluar, panas lit lit. Ummi briskwalk je petang tu sebab malam tu kan nak main netball. Jadi takdelah lari beria sangat. hihi.. Dapatlah 3km yang recorded. Then terus pick up anak². Pick up tu macam naik kenderaan je kan. Walhal jalan kaki je 🤣🤣🤣. Bising juga budak² ni tengok ummi sampai dengan berlemuih peluh. Depa bising sebab ummi tak bawak depa sekali 🤭. 


Kadang² ummi ambil kesempatan berjalan ni untuk sibukkan diri, bagi badan berpeluh, dan nak elak berfikir macam². Sambil jalan/lari sambil zikir tenangkan hati. Macam banyak sangat masalah tu ye.. Hahaha.. Dalam hidup ni mana ada benda yang smooth sailing je kan. Semuanya ada ujian dan kekangan. Kadang tu, ummi ni rasa penat dengan kerja, lepas tu  nak hadap ragam warna warni anak² soleh solehah. Bukanlah mengeluh dengan kerja dan anak yang ramai. Semuanya rezeki Allah bagi kan. Tapi kita manusia biasa ni, ada masa rasa stress, ada masa letih.. So, i treat this as one of my me time. Disamping badan fit, hopefully emosi dan mental juga fit hendaknya. 

 Di bawah terik mentari.


Plan nak morning walk pagi Ahad. Malangnya, badan masih sengal² lagi sebab terjatuh masa main netball. Postpone next week, insyaAllah..

Niat nak badan fit kerana Allah. Semoga dapat beramal dan berkhidmat untuk keluarga dll. Kalau dapat pakej kurus tu, bonus. hihi.. Sekarang ni nak control makan sangat, susah sikit. Sebab ada si kecil Mus'ab tu. Tapi cuba jugalah kurangkan portion nasi, lebihkan sayur dan buah. Cumanya, hanya terpakai bila kat office je lah. Bila dengan anak², sokmo kita yang kena perabih makanan depa. haiih.. 


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015