24 Ogos 2025 berlansungnya program Alam Ria Pasti Kawasan Pandan bertempat di SK Taman Muda.
Tahun ni, Fatima mengekalkan penyertaan di dalam acara Kalam Jamaie untuk tahun ke3. Dan Nusayba pun ikut sama join the team.
Team KJ PU ni berlatih tak sampai 2 minggu pun atas sebab² teknikal yang tak dapat dielakkan. Cikgu dah risau² dah tak sempat, risau anak² tak hafal teks, lupa step etc. Minggu pertam berlatih separuh teks sahaja. Minggu ke-2, the final week, hari selasa baru dapat teks penuh. Memang betul² last minute dan mencabar. Bukan mudah nak ajar anak² tadika hafal teks in arabic, hafal step semua in short time. But alhamdulillah, dengan izin Allah, they made it. Cikgu dalam pada demam, tak sihat sampai hilang suara pun, gigih latih anak² KJ PU setiap hari dan hari minggu juga.
Tahun ni ummi tak banyak membantu. Last year, kalau training weekend, memang ummi stay dari awal sampai habis training. Tolong² cikgu mana yang boleh. This year, ampun sangat... Ummi dapat hantar mek berdua tu je. Then balik rumah selesaikan apa yang patut termasuklah baby Mus'ab.. Setengah jam sebelum training habis, baru dapat join. Tolonglah orderkan makanan untuk anak² yang penat training. Bagi semangat sikit dekat dierang. Ada parents belanja donut, pizza etc. Happy anak² KJ PU.
ARP Negeri Selangor insyaAllah berlansung pada 28/9/2025. Banyak masa juga nak polish and sharpen apa yang patut. All the best cikgu dan anak². Terima kasih tak terhingga juga buat Datin Ustazah S yang offer untuk buat teks KJ tahun ni.
No comments:
Post a Comment