Setelah dapat hit 6km twice minggu lepas, minggu ni nampaknya menyedihkan. huhu..
Hectic week for us. Ummi & abi berlumba busy. Both tengah sibuk kejar deadline. Ummi ada 3 main task dalam tangan yang deadline bertimpa² one after another. Kalau kat office tu, semua pun muka berkerut² menghadap PC. Masuk bulan 8 ni memang semua pun macam lipas kudung. Rasa macam tak cukup nafas nak berkejaran. But you have to deliver no matter what. Ikutkan, nak kena overtime juga. My TA and draughter dok stay sampai malam nak siapkan drawing. Rasa bersalah tak dapat stay dengan mereka.
Tapi, on my side, abi pun kerja back to back macam takde beza siang malam dah. Balik sekejap ambil anak², lepas isyak masuk kerja semula. Pukul 3-4 pagi baru balik. Kalau weekend, lepas subuh baru balik. Tidur sekejap, after zuhur masuk kerja again. Aduhai.. Hence, ummi pun tak boleh nak stay back sebab siapalah yang nak menjaga anak². Terpaksa ummi pulun siapkan whatever i can during office hour, then hand over to my colleagues for draughting. Kalau kata nak buat kerja dekat rumah, itu berangan namanya. Anak⁵ akan sentiasa menuntut perhatian. Hak mereka 🥲. Nak stay up pun, si kecil tu macam tahu² saja. Dia pun segar je mata. huhu..
Tak sabar tunggu end of August, opening projek abi. Kurang sikit huru hara kehidupan kami hendaknya, insyaAllah.
Hari Khamis 14.08.2025, Hari Jaya Waris sekolah abang² besar. Kami pergi petang, based on jadual yang sekolah dah arrange. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Both abang did well in their hafazan and akademik. Abang ngah cerita dia ada dapat hadiah. Ummi pun perasan gambar abang ngah dalam FB dan IG sekolah. Tapi tak tahu dia dapat hadiah apa. Rupanya hadiah sebab result exam Al-Quran Syafawi. MasyaAllah tabarakallah.. Alhamdulillah.. Keep it up anak². Semoga kalian jadi insan yang bertaqwa, anak yang soleh, cemerlang dunia & akhirat.
Ummi ingat, lepas HJW tu, since terus balik rumah bersama abang², kot sempatlah briskwalk seround dua. Takdir Allah, petang tu hujan lebat. Maka, tak jadi lah bakar lemak. Khamis malam jumaat tu, ummi dah rasa lain macam sebenarnya, seram sejuk je badan. Hari Jumaat dah sakit tekak, batuk.. Plan nak ajak abang ngah ke padang hari sabtu pagi tak berjalan seperti dirancang. Sebab kesihatan tak mengizinkan, plus kakak² ada latihan kalam jamaie pukul 9 pagi. Nak kejut abi minta hantar kakak², tak sampai hati sebab abi baru je balik dari kerja subuh tu. Dengan kepala berdenyut dan batuk berdesing tu, ummi gagahkan juga lah hantar kakak². Tapi tak dapat nak tunggu sampai habis sebab fikirkan yang lain kat rumah. Balik rumah, goreng kuetiau untuk ahli rumah. Pukul 11.30, ummi ke Pasti semula. Nak ambil kakak2. Sempat order delivery Churros untuk anak² KJ PU. Mesti penat dan lapar setelah bersungguh training. Tahun² lepas, biasanya ummi akan stay dengan cikgu, tolong sikit² mana yang boleh sampai habis training. Tu yang rasa bersalah pula kat cikgu sebab tak dapat membantu.
Ahad.. masih lagi batuk berdengung. Bila batuk, auto sakit kepala. Maka, renung je lah langit pagi kat luar tu. Lemau betul badan ni. Abi yang dah macam kerja shift pagi dan malam, mestilah nak rehat pagi tu. Abang ngah kata nak ajak main badminton kat padang pagi tu. Maaflah, ummi tak larat. Selesaikan masak nasi goreng yang Fathiy request beberapa hari lepas, iron baju anak⁶, settlekan basuh dan lipat baju beberpa round. Selang seli dengan melayan ragam anak⁷, Allahu, rasa macam nak pengsan. Tapi petang tu dah rasa ok sikit. Since cuaca elok redup, abang ngah tuntut janji nak main badminton. Nak ke padang, susah sebab nak handle si kecil² tanpa abi. Stroller pun dalam kereta abi. huhu.. Nampaklah muka frust dia tu. Sudahnya, ajak lah main dekat court kecil depan rumah. Asalnya dewan komuniti kecil situ. Ada 1 court badminton/takraw. Tapi dewan tu dah tak tau lah jadi apa, tak terurus. Court dan laman dewan tu pula jadi parking jiran². Adalah space kecil untuk bermain walaupun tak kondusif. Jadilah untuk tunaikan hasrat anak. Bukan pandai sangat pun main badminton ummi ni. Pukul angin je banyak. hahaha..Selang seli main passing bola jaring dengan kakak Fatima. Jadilah buat keluar peluh manja².
Tak sampai hati nak turn down permintaan abang ngah. Depa ni balik sebulan sekali je. Ahad malam dah nak pulang ke asrama. 🥹Tengok abang long kemas beg, kagum betul ummi dengan kekemasannya. Elok sama saiz lipatannya. Ummi pun kalah. Uniform sekolah yang ummi dah iron pun dia tekan balik side bagi tajam. Si particular dan perfectionist ni. huhu .
Tapi... dalam lemau minggu ni, ada satu reward untuk diri di hari Ahad ni.. 🤭🤭🤭 Kemahen rewardnya ye.. Ummi suddenly perasan, kedai yang satu ni dah open delivery untuk menu dia yang meletop dan viral sampai orang dok beratur panjang seawal sejam dua sebelum kedai buka. Fuhh.. Kalau nak ke kedai, beratur panjang sejam dua tu memang bukan ummi lah. Bila tengok dah open for delivery, pukul 10am on dekat web, dapatlah ummi order, 10.05am. huhuhu.. Max 3 box per order. Asalnya order 2 je. Sebelum check out, rasa nak tambah lagi 1 🤭🫣.. Checked out 3 boxes. aduhai. Mengenangkan anak⁷ semua ada di rumah, tak cukup 2 boxes. Sejenis tamak haloba 🤪.
Order apa tu ummi oiii??
Ni haaa.. Tiramisu Keyes/TWT yang dapat rating 8+ dari Jason Mahai Nak Mampuihhh. 😅😅..
Photo by abang ngah
Mujur ummi order 3 boxes ye. Berebut masing², lagi² abang besar berdua tu. Selalu terpengaruh dengan ummi 🤣.
Rasanya tak mengecewakan, balance la manis dan pahit... Yummmehh. Maka dengan ini, boleh stop dah tiramisu hunting. Yang diidam² dah dapat. Cukuplah. Bakar kalori tak seberapa. Menternak kalori dan lemak pula yang lebih.. Aduhai ummi..
No comments:
Post a Comment