14 September 2025. Ahad.
Checked out dari Muji x HP Homestay, kemana pula kita?
Rasa² ada jawapan yang pasti tak???
Takde kawan²... Takde..
Bila anak² tanya nak pergi mana pula ni?
Barulah abi jawab, Lumut ke Sitiawan..
Ummi tanya, ada tempat nak tidur ke?
Jawapan abi??.. Carilah..🤧🥴
Ketar tangan cari homestay.. Adalah 10 HS ummi tanya. Semua fully booked dah. Siap ada seorang owner ni offer nak share nombor ummi dalam group owner² homestay, kot ada yang kosong. Ummi pulak seram.. Dia siap doa moga dipermudahkan urusan pencarian homestay ummi.. Allahu.. Terima kasih la tuan ke puan tak tau.
Bila dah kematu tangan menaip cari HS tak jumpa, give up dah kitanya. Anak pula asyik tanya banyak kali. Aduh stress. Kali ni ummi kata, tidur dalam kereta sungguh lah kita. Kena beli/sewa RV agaknya lain kali bila jenis terjah² macam ni. Dah berumur dan masa tu otak dok memikir nak kena operate di hujung minggu, kita jadi tak rilek wakk. Tambah pula big family kan, susah nak terjah². Kalau ambil hotel, tak boleh bilik biasa, tak muatttt..
Agaknya bila tengok ummi dah tak rilek tu, abi kata nanti kita tengok lah hotel mana². Ummi diam je. Otak dah penat. hahahaha. Ngantuk pun iye jugak.. huhu .
Then, kami sampai area Teluk Batik. Adalah nampak hotel² bajet dekat deretan shoplots. Pasrah dah masa tu. Dalam hati fikir kena ambil 2 bilik ni, mana muat askar² ku yang ramai tu. Lepas fikir lagi nak kena split macam mana ni? Takkan nak biar kids (abang⁴) 1 bilik. Ke ummi yang kena handle yg kecil² semua. Fuh, lagi parah...
Abi berhenti dekat satu bangunan. Ummi tak pasti mulanya apartment ke hotel. Sebab macam tak nampak signage. Then nampak abi borak² dengan seorang abang ni. Tak lama tu, abi masuk kereta, dan kata ikut abang tu pergi ke another building opposite bangunan tadi. Rupanya yang tadi tu hotel ke service apartment, tapi dah penuh. Abang ni dia cover dua² bangunan. Yang satu lagi tu ada kosong lagi 2 bilik katanya. So jom lah tengok.
Bilik 1st ada 1 katil queen sahaja. Obviously memang tak muat untuk kami ber-9. Dia kata another one tu, macam suite 2 bilik. Bilik tengok 2nd room tu, better lah dari 1st one. 2 room suite, with double single bed each. Ada sofa 3-seater & 1-seater dekat hall. 2 toilet. Ada meja makan sekali. Cuma condition agak kepam, not well maintained, langsir pun macam main sangkut je. Mula² masuk tu ummi agak skeptikal, dan rasa agak scary. Feeling macam rumah lama terbiar. TV tak function. Abang tu kata bilik ni bukan bawah management hotel. Company dia kerja tu ada 40 unit bilik dekat hotel ni. So maintenance under company lah, bukan hotel. Tapi nampak nau tak terurusnya. Sebelah hotel nampak ada construction theme park. Anak² mulanya dah excited konon dapat mandi slide. Sekali belum siap da. Tapi hotel ada pool, that's enough for them.
Sofa old school.
Kami ambil kunci je dulu. Then turun balik cari makan tengahari. Ada kedai tepi jalan dekat dengan traffic light simpang tiga kuarters TLDM, nampak ramai orang beratur situ masa lalu awal² tadi. Restoran Silaturrahim ke apa tah nama dia. Banyak pilihan lauk pauk. Kalau tengah lapar, semua pun rasa sedap kan. haha. Kami ambil lauk masak lemak lala dan siput sedut, asam pedas pari, ayam goreng, ulam², ikan keli bakar.
Dah kenyang makan, kita pusing² entah kemana. Mula² tu abi bawa pusing ke Marina Island. Ada kapal, yacht banyak. Teruja anak² tengok macam² jenis, bentuk dan saiz. Kat penhujung Marina Island tu ada macam chalet ke kabin tah. Port orang memancing. Stop sat ambil gambar sekeping dua.
Next, ke Taman Awam Teluk Batik. Ramainya umattt, tak nampak pasir pantai dah, penuh orang belaka 😂.
Ada yang nak feeling² pergi London,naik double deck. Naiklah nakk..
No comments:
Post a Comment