Pagi² ternampak statement ni, dari parenting influencer yang memang ummi follow. Somehow terasa sakit dan pedih di hati, as if i am not a good mom. Perasaan saya bukan ibu yang baik ni, memang dah rasa lama. Sebab i know i am not perfect, banyak buat silap, banyak benda yang i felt i shouldnt to, but i did it anyway.. Hate it when i hurt my kids feeling, when i had to raise my voice, scolding them for whatever reason. I feel really bad.
Kalau ikut perancangan kami, mungkin kami dah stop sampai anak ke-4. Tapi perancangan kami tak selari dengan perancangan Allah. Pelbagai usaha merancang dah kami ambil. Ada yang gagal, ada yang tak serasi. Pada akhirnya, Allah rezekikan 7 permata buat kami, untuk kami gilap hingga bersinar berkilauan.
Allah saja yang tahu, sedihnya ummi bila muncul 2 line sedangkan kita dah usaha untuk tidak menambah. Ummi menangis, merintih pada Dia.. Ya Allah, aku tak mampu, aku tak kuat. Aku takut aku tak dapat jalankan amanah ni sebaiknya. Engkau yang Maha Tahu segalanya, Ya Allah. Kalau Engkau takdirkan ini yang terbaik untukku, Engkau lapangkanlah dadaku, Engkau izinkan aku berdamai dengan takdirMu.
Ummi rasa, antara cara Allah pujuk hati ummi, Allah hadirkan insan yang baik² dalam circle ummi. Insan² yang selalu beri kata² positif buat ummi, sentiasa beri nasihat yang baik², sentiasa cuba tenangkan ummi. Insan² yang selalu mendoakan kebaikan buat ummi. Yang pada akhirnya, ummi terima dengan lapang hati, anak² ni semua adalah rezeki yang Allah kirim dan takdirkan buat kami. Ia datang dengan amanah yang berat, yang terkadang ummi rasa tak mampu nak galas. Banyak kali juga ummi down, dan menangis sendiri, mengadu merintih pada Ilahi. Tapi, selalulah pujuk hati, dunia ini Allah jadikan sebagai tempat untuk berpenat lelah, bercucuk tanam. Di akhirat nanti baru kita tuai hasilnya.
Dan yang paling penting, sesedih sedih ummi bila muncul 2 line, ada sahabat ummi yang lama menanti munculnya precious double line tu. Sedang ummi yang Allah kirim rezeki yang lebih, nak merungut dan bersedih. Lalu, ummi pujuk hati. Redha lah, terimalah dengan hati yang terbuka. Pasti ada hikmahnya. Memang sukar saat anak2 masih kecil, pelbagai ragam dan kerenah. Bersabarlah. Masa itu akan berlalu pantas, dan ummi pasti akan merinduinya.
Maafkan ummi anak⁷, andai ummi tak mampu berlaku adil pada kalian. Ummi cuba, walaupun seringkali gagal memenuhi kehendak kalian. Maafkan ummi kerana tak dapat nak fokus dan beri perhatian pada setiap daripada kalian. Maafkan ummi, andai ummi selalu marah² seolah ummi tak faham kalian. Hakikatnya, kita sama² dalam proses pembelajaran. Ternyata menjadi ibu, bukan terus sukses dan cemerlang saat menjadi ibu kepada permata pertama. Setiap anak² berbeza ujian dan cabaran, penilaian sebagai ibu tak akan pernah tamat. Menjadi ibu, akan terus diuji dari anak sekecil dua tapak tangan, sehingga anak² membesar dan sehingga ke hembusan mafas yang terakhir.
Ummi, pada awalnya merasa bitter terhadap statement tersebut, dan statement² seperti kualiti vs kuantiti.. Now , i felt, those statement doesn't matter. What matters most now is, bagaimana ummi menjalani kehidupan yang dibentangkan, dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin atas segala yang telah diamanahkan. At the end of the day, it's Allah the Almighty who will judge us, in the day of judgement.
No comments:
Post a Comment